Peluang bergelar juara MotoGP masih terbuka

Peluang bergelar juara MotoGP masih terbuka

PARIS, 11 Mei (Agensi) – Penunggang skuad Movistar Yamaha, Valentino Rossi yakin peluang untuk menjuarai saingan MotoGP 2016 masih terbuka luas memandangkan perbezaan antara pelumba di tempat pertama dan ketiga hanya dibezakan sebanyak 12 mata selepas menamatkan lima aksi perlumbaan terawal musim ini.

Ketika ini, Rossi berada di tempat ketiga bagi senarai kedudukan keseluruhan yang menyaksikan pelumba kelahiran Itali itu hanya dibezakan sebanyak 12 mata berbanding rakan sepasukannya, Jorge Lorenzo.

Pelumba skuad Repsol Honda, Marc Marquez pula di kedudukan kedua bagi senarai keseluruhan dan hanya dibezakan sebanyak lima mata berbanding Lorenzo yang me­ngutip 90 mata.

Ia jelas menyaksikan perbezaan antara kedudukan Marquez dan Rossi hanya dipisahkan dengan perbezaan tujuh mata, sekali gus membuka peluang kepada pelumba Itali itu kembali merebut kejuaraan.

ARTIKEL YANG SAMA