Peluang bermaaf-maafan

Peluang bermaaf-maafan

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 1 Ogos – Biarpun bulan Syawal hampir sampai ke penghujungnya, namun Hari Raya Aidilfitri di negara ini masih lagi disambut dengan meriahnya oleh pelbagai pihak termasuk Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong yang telah mengadakan majlis sambutan di dewan serba guna masjid berkenaan.

Hampir 50 orang Muslimah masjid tersebut hadir pada majlis berkenaan di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Imam Masjid Hassanal Bolkiah, Awang Sahibol Omar bin Haji Yusof.

Majlis telah diserikan dengan persembahan dikir dan tausyeh serta diceriakan lagi dengan cabutan bertuah di samping beramah mesra dengan bersalam-salaman antara Muslimah sebagai tanda kemaafan sesama mereka.

Majlis tersebut merupakan salah satu aktiviti tahun Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah yang bertujuan bagi mengekalkan hubungan silaturahim sesama mereka di samping dapat mengembangkan lagi bakat-bakat Muslimah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid.

Gambar ramai Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah semasa mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di dewan serba guna masjid berkenaan.
Gambar ramai Muslimah Masjid Hassanal Bolkiah semasa mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di dewan serba guna masjid berkenaan.
Penyampaian hadiah cabutan bertuah yang disampaikan oleh Awang Sahibol Omar.
Penyampaian hadiah cabutan bertuah yang disampaikan oleh Awang Sahibol Omar.