Peluang cari pekerjaan

Peluang cari pekerjaan

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Bermula hari ini hingga 22 Ogos, mahasiswa-mahasiswi serta graduan Universiti Brunei Darussalam (UBD) yang mencari pekerjaan boleh menghadiri pameran kerjaya bertema ‘Kerjaya 101’ anjuran Guild Graduates di Pusat Pelajar UBD.

Perasmian pameran berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Divisyen Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan, Hajah Anis Faudzulani binti Haji Dzulkiflee.

Pameran selama tiga hari itu, yang dikendalikan dengan kerjasama Centre of Networking, Employment and Career Training (CoNect) dan Pejabat Perhubungan dan Lanjutan Alumni (QARA), turut menyaksikan penglibatan agensi-agensi kerajaan, syarikat swasta dan pertubuhan lain termasuk Jabatan Kemajuan Ekonomi, Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd, Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI), DST, Bank Baiduri, QAF Brunei, Brunei Press Sdn Bhd, Mix Media Worx dan pondok pihak penaja.

Program ini menampilkan konsep pengetahuan, informasi dan perkongsian selain akan mengadakan ujian bertulis serta temu duga secara langsung oleh barisan peserta yang ada.

Sehubungan itu, pengunjung disyorkan untuk membawa CV dan dokumen yang berkaitan selain diingatkan supaya sentiasa menjaga perawakan ketika menghadiri majlis itu.

Tetamu kehormat meninjau pameran berkenaan.
Tetamu kehormat meninjau pameran berkenaan.
Antara yang hadir ketika pelancaran ‘Kerjaya 101’ itu.
Antara yang hadir ketika pelancaran ‘Kerjaya 101’ itu.

ARTIKEL YANG SAMA