Peluang Citizen

Peluang Citizen

MANCHESTER, United Kingdom, 14 Sept (AFP) – Manchester City memulakan kempen Liga Juara–Juara menentang finalis yang dikalahkan musim lalu, Juventus esok dengan harapan tahun ini adalah tahun mereka akan mengecapi kejayaan dalam perlawanan itu.

Selepas penyingkiran berturut–turut dalam fasa kumpulan, City tewas kepada Barcelona dalam 16 pasukan terakhir dua musim lalu, tetapi berbelanja besar di luar musim dan pada masa ini mengungguli Liga Perdana.

Sekali lagi undian tidak begitu menarik bagi jentera pasukan Manuel Pellegrini, yang akan menghadapi Borussia Moenchengladbach dan pemenang Liga Europa Sevilla, tetapi midfield Fernandinho berkata mereka akan mendapatkan inspirasi daripada kecemerlangan rentak mereka.

“Ia adalah kumpulan yang sukar,” kata pemain antarabangsa Brazil itu. “Kami menghadapi pasukan yang bagus, tetapi saya rasa jika kami kekal seperti dalam Liga Perdana, kami berpeluang untuk selesai di kedudukan teratas dalam kumpulan.”

City menumpukan persaingan pembukaan dalam Kumpulan D dengan lebih yakin walaupun ketiadaan penjaring terbanyak musim lalu, Sergio Aguero, yang mengalami kecederaan lutut dalam kemenangan 1-0 di Crystal Palace Sabtu lalu.

Penyerang dari Argentina itu mengalami kecederaan pada minit ke-24 di Selhurst Park selepas dikasari oleh Scott Dann dan dijadualkan menjalani ujian untuk menilai kecergasannnya.

“Itu sepakan penting ke lututnya,” kata Pellegrini, yang pasukannya mencatatkan kelebihan empat mata di puncak liga selepas lima kemenangan. “Kita akan menyaksikan jika dia boleh sembuh sekarang dan esok.”

Midfield David Silva dan Raheem Sterling sudah kembali setelah tidak beraksi di Palace kerana masalah buku lali dan hamstering.

Tetapi penyerang Nigeria Kelechi Iheanacho, 18, dan penjaring gol kemenangan di selatan London, tidak akan beraksi setelah tidak diturunkan dalam skuad City dalam persaingan Liga Juara–Juara.

ARTIKEL YANG SAMA