Peluang dapat ‘harga runtuh’ di Intracorp

Peluang dapat ‘harga runtuh’ di Intracorp

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Mac – Barisan panjang dapat dilihat di luar Gudang Intracorp Megastore, Gadong, hari ini apabila ramai yang tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan elektronik, peralatan rumah dan dapur pada harga istimewa sempena Jualan Istimewa yang berlangsung selama seminggu sehingga 31 Mac ini.

Pelbagai barangan elektronik seperti TV LED, Sistem Audio & Home Theatre, penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh, peralatan rumah dan dapur, set bilik tidur, set sofa, set makan dan banyak lagi ditawarkan pada harga hebat.

Menurut Intracorp (B) Sdn. Bhd, sepanjang jualan promosi ini, mereka menawarkan potongan sehingga 80 peratus. Antara tawaran menarik ialah periuk nasi Akira yang terhad kepada 50 orang pelanggan dan bermula dari jam 9 pagi hingga 9:30 pagi sahaja.

Di samping itu, pelanggan juga berpeluang mendapatkan barangan pada harga paling rendah yang berlangsung selama sejam sahaja pada sebelah pagi.

pg10_160326_e

Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke Jualan Istimewa di gudang Intracorp Megastore, Gadong.
Orang ramai tidak melepaskan peluang berkunjung ke Jualan Istimewa di gudang Intracorp Megastore, Gadong.

Manakala itu, pelanggan yang berbelanja $500 ke atas dalam satu resit menggunakan kad kredit atau debit Baiduri berpeluang mendapatkan baucar $50 dan kad keahlian Intraclub secara percuma serta satu hadiah percuma.

Dalam jualan ini juga disediakan pelan ansuran tanpa faedah bagi pemegang kad kredit Baiduri bergantung kepada terma dan syarat.

Bagi ahli Intraclub pula, mereka berluang mendapatkan beg utiliti secara percuma untuk pembelian sebanyak $500 ke atas dan pelanggan yang berbelanja $200 ke atas berpeluang mendapatkan baucar Bake Culture bernilai $5 dan pembelian $800 ke atas berhak menyertai Spin & Win bagi memenangi hadiah menarik.

Untuk mengelakkan kekecewaan, Intracorp menggalakkan pelanggan untuk datang lebih awal bagi mendapatkan semua barang-barang khas pada waktu pagi.

ARTIKEL YANG SAMA