Peluang dapatkan aiskrim Magnum percuma

Peluang dapatkan aiskrim Magnum percuma

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Nov – Bagi meraikan pembukaan cawangan pertama francais Magnum yang terletak di Citis Square, Berakas, Magnum Bandar Seri Begawan akan memberikan aiskrim khas ‘Make My Magnum’ (MMM) secara percuma kepada 250 pelanggan pertama yang berbaris di majlis pembukaan Magnum pada 1 Disember nanti, bermula jam 2 petang. Bagi pelanggan yang gemar hidangan pencuci mulut bolehlah berkunjung dan mencuba aiskrim Magnum ini dengan pelbagai pilihan yang menarik.

Aiskrim Magnum menampilkan gabungan coklat Belgium dengan ais krim yang diperbuat daripada bahan-bahan terbaik di dalamnya.

Para pelanggan boleh memilih sehingga tiga ‘topping’ iaitu ‘Classic,’ ‘Experimental’ dan ‘Special.’ Selain itu juga, pelanggan turut ditawarkan ais krim Magnum Classic Vanilla serta Magnum Chocolate Brownie dengan salutan pilihan ‘Dark’, ‘Milk’ atau ‘White Chocolate.’

ARTIKEL YANG SAMA