Peluang dapatkan maklumat pengajian

Peluang dapatkan maklumat pengajian

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Sebanyak 29 buah universiti dan kolej di United Kingdom (UK) ikut serta dalam Pameran Pendidikan Tinggi UK anjuran Persatuan Universiti-universiti British Brunei (BUBA), yang berlangsung di Dewan Indera Samudera, Empire Hotel & Country Club, di sini, hari ini.

Pegawai Komunikasi BUBA, Chris Kelly dalam temu bual bersama Media Permata menjelaskan, antara objektif pameran pendidikan tinggi itu adalah untuk membantu pelajar mendapatkan maklumat mengenai kursus-kursus dan kemudahan yang ditawarkan oleh universiti-universiti di UK.

“Ini bukan sahaja tertumpu kepada maklumat bagi tawaran kursus dan universiti tetapi juga memberikan gambaran lebih jelas lagi kepada pelajar mengenai pengalaman belajar di luar negara serta peluang-peluang yang tidak diketahui pelajar,” tambahnya.

Menurut beliau, pelajar-pelajar yang hadir pada pesta sehari itu, bukan sahaja di kalangan mahasiswa mahasiswi tetapi pelajar lepasan peringkat ‘O’ dan ‘A’.

Para pelajar yang tidak melepaskan peluang mengumpul maklumat untuk mengetahui mengenai pengajian yang ditawarkan di universiti dan kolej UK.
Para pelajar yang tidak melepaskan peluang mengumpul maklumat untuk mengetahui mengenai pengajian yang ditawarkan di universiti dan kolej UK.
Para pelajar ketika bertanyakan tawaran kursus yang ada.
Para pelajar ketika bertanyakan tawaran kursus yang ada.
Sebanyak 29 buah universiti dan kolej yang ikut serta dalam pameran berkenaan.
Sebanyak 29 buah universiti dan kolej yang ikut serta dalam pameran berkenaan.

“Mereka akan bertanya dengan lebih terperinci lagi mengenai tawaran yang disediakan oleh universiti masing-masing. Dengan maklumat yang dikumpulkan akan dapat memberikan mereka hala tuju yang jelas setelah berkelayakan nanti dan sasaran untuk mencapai impian meneruskan pelajaran keluar negara,” jelasnya lagi.

Kata beliau lagi, pesta ini diharapkan menjadi pusat informasi untuk para pelajar yang akan sentiasa dianjurkan oleh BUBA setahun sekali pada setiap bulan Ogos.

Untuk keterangan lanjut mengenai Pameran Pendidikan Tinggi UK BUBA bolehlah melayari laman sesawang www.buba.ac.uk.