Peluang erat silaturahim

Peluang erat silaturahim

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 11 Julai – Setiap tahun, sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri, para pembesar negara turut tidak ketinggalan mengadakan majlis-majlis rumah terbuka untuk memeriahkan lagi suasana hari yang mulia ini sebagai peluang untuk mengeratkan silaturahim dan menambahkan kemesraan dengan para pengunjung yang terdiri daripada pelbagai golongan masyarakat.

Dengan hasrat mengukuhkan silaturahim itulah, Pengerusi Asia Enterprise Sdn Bhd, Chai Yum Fatt dan rakan-rakan seperniagaannya mengadakan kunjungan berhari raya ke rumah-rumah terbuka kalangan menteri dan timbalan menteri.

Antara yang dikunjunginya termasuk kediaman Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Suyoi bin Haji Osman; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong dan beberapa orang menteri lainnya di sini.

Chai Yum Fatt memberitahu wartawan hari ini, kunjungannya bersempena Hari Raya Aidilfitri ke kediaman menteri-menteri dan mantan menteri adalah dengan hasrat terus mengeratkan silaturahim dan mengambil peluang mengucapkan Selamat Hari Raya, sambil beramah mesra bersama pemimpin-pemimpin berkenaan.

Menurutnya lagi, kunjungan berhari raya ke rumah-rumah menteri dan mantan menteri itu sudah menjadi tradisi baginya setiap tahun, dan beliau meluahkan perasaan gembira kerana berpeluang menemui mereka sempena dengan hari yang mulia ini dan turut berpeluang berkenalan serta beramah mesra dengan ahli-ahli keluarga mereka.

Chai Yum Fatt, (dua kanan) semasa berkunjung ke kediaman Yang Berhormat Pehin Haji Awang Bada-ruddin.
Chai Yum Fatt, (dua kanan) semasa berkunjung ke kediaman Yang Berhormat Pehin Haji Awang Bada-ruddin.

ARTIKEL YANG SAMA