Peluang erat silaturahim

Peluang erat silaturahim

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jan – Cuti penggal persekolahan sudah tiba ke penghujungnya, namun masih terdapat sebilangan keluarga yang tidak melepaskan peluang ini untuk mengadakan hari keluarga bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka.

Bagi keluarga Hajah Maimunah binti Berudin, peluang ini tidak dilepaskan dengan mengadakan acara Hari Keluarga Budiman yang berlangsung di Pantai Muara, hari ini.

Hari keluarga yang diadakan buat kali kedua itu dihadiri oleh lebih 60 orang yang terdiri daripada anak-anak, cucu dan cicit serta menantu keluarga berkenaan.

Antara aktiviti yang diadakan dalam acara hari keluarga Hajah Maimunah di Pantai Muara, semalam.
Antara aktiviti yang diadakan dalam acara hari keluarga Hajah Maimunah di Pantai Muara, semalam.

Acara tersebut diserikan dengan beberapa aktiviti sukan riadah yang berbentuk kekeluargaan dan berpasukan seperti membuang bola ke dalam bakul, lari dalam guni, meniup belon sehingga pecah, lompat katak, berlumba lari dengan acara kemuncaknya ialah tarik kalat di antara ahli kaum keluarga.

Selain itu, ia turut diselajurkan dengan majlis penyampaian hadiah serta bergambar ramai.

Acara hari keluarga tersebut bertujuan untuk memupuk sifat kekeluargaan khususnya kepada generasi belia muda masa kini, di samping meluangkan masa untuk berkumpul beramai-ramai bukan sahaja semasa hari raya.