Peluang Falcao pulih reputasi

Peluang Falcao pulih reputasi

RANCAGUA, Chile, 14 Jun (Agensi) – Colombia menangis apabila Radamel Falcao berdepan kecederaan lutut, setahun setengah lepas yang memaksa penyerang bintang itu melupakan kempen Piala Dunia 2014.

Tanpanya, skuad bimbingan Jose Pekerman itu dilihat seakan tidak memiliki peluang di Brazil namun sebaliknya terjadi apabila Colombia muncul antara pasukan paling mengejutkan. Mengejutkan Greece, Ivory Coast dan Jepun di peringkat kumpulan, Colombia menyingkirkan Uruguay di peringkat 16 terakhir sebelum disingkirkan tuan rumah, Brazil di suku akhir.

Begitupun, bintang yang menyerlah ketika itu bukanlah Falcao, namun bekas rakan sepasukannya di Porto dan Monaco, James Rodriguez yang mengambil sepenuhnya peluang ketiadaan rakan senegaranya itu. Kini selepas setahun, Rodriguez muncul antara pemain terbaik di dunia dengan Falcao seakan terpinggir dalam senarai Colombia yang akan bertemu Venezuela pada Copa Amerika, awal pagi ini.

“James mempunyai peranan yang berbeza buat Colombia, dia adalah pemain yang memberi kepantasan di dalam pasukan,” kata legenda Colombia, Faustino Asprilla. Kekal sebagai penjaring terbanyak di Colombia dengan mengumpul 25 gol, begitupun nasib yang dimiliki Falcao dalam kariernya di peringkat kelab jauh berbeza daripada Rodriguez.

Falcao (kanan) berlatih bersama rakan sepasukan di Santiago semalam. – Reuters
Falcao (kanan) berlatih bersama rakan sepasukan di Santiago semalam. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA