Peluang hebat untuk pelanggan SCB

Peluang hebat untuk pelanggan SCB

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Jan – Bank Standard Chartered (SCB) telah bekerjasama dengan Singapore Airlines (SQ) untuk menawarkan tambang istimewa ke pelbagai destinasi bagi pemegang kad kredit Visa Infinite dan Visa Platinum dalam promosi yang bermula sekarang hingga 31 Januari bagi tempoh penerbangan bermula 10 Januari hingga 30 Jun 2016.

Menurut kenyataan SCB, hari ini, tambang penerbangan istimewa ini adalah eksklusif bagi pemenang kedua-dua kad kredit SCB berkenaan sahaja dan boleh digunakan apabila memasukkan kod promosi sembilan digit tertentu jika membuat tempahan menerusi laman sesawang www.singaporeair.com.

Tambang-tambang menarik berkenaan adalah seperti $279 ke Singapura, $379 ke Hong Kong, $739 ke Melbourne dan banyak lagi destinasi lain.

Pelanggan juga boleh membeli tiket-tiket secara langsung di pejabat Singapore Airlines di ibu negara.

Di samping tambang istimewa, 150 pemegang kad kredit Visa Infinite dan Visa Platinum pertama yang berbelanja $1,000 dalam pembelian terkumpul akan mendapat rebat sebanyak $150 semasa tempoh promosi.

Ketua Produk dan Segmen Runcit SCB, Cheok Fui Say, dipetik sebagai berkata, “Kami gembira kerana bekerjasama dengan Singapore Airlines untuk menawarkan promosi menarik kepada para pelanggan kami bagi memulakan 2016.

“Dengan pelancongan semakin menjadi perkara biasa pada hari dan zaman ini, promosi ini memberi peluang hebat kepada para pelanggan mendapatkan tiket-tiket bernilai besar di samping potensi penjimatan dengan rebat $150,” tambahnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai terma dan syarat Promosi Tambang Istimewa SQ atau tentang kemudahan-kemudahan kad kredit SCB, orang ramai bolehlah melayari laman sesawang www.sc.com/bn, menghubungi talian 2658000 atau kunjungi mana-mana cawangan SCB berdekatan.

ARTIKEL YANG SAMA