Peluang Iceland lakar sejarah

Peluang Iceland lakar sejarah

LONDON, 3 Sept (Reuters) – Iceland boleh layak ke pusingan akhir kejohanan utama sulung mereka dan disertai antaranya Wales, England, Itali, Sweden dan Austria pada Euro 2016 tahun depan jika keputusan memihak mereka pada kelayakan minggu ini.

Iceland tidak pernah layak ke Piala Dunia atau Euro, namun jika mereka menundukkan Belanda di Amsterdam awal pagi esok dan Kazakhstan di Reykjavik awal pagi Isnin ini, penantian lama mereka pasti berakhir.

Penambahan daripada 16 kepada 24 pasukan membuka laluan kepada banyak negara ranking pertengahan Eropah untuk layak ke kejohanan di Perancis selain peningkatan persembahan dan beberapa keputusan tidak diduga.

Pada 2013, Iceland semakin hampir layak ke Piala Dunia buat kali pertama sebelum kecundang kepada Croatia pada playoff, namun mereka mengatasi kekecewaan itu dan terus meningkat, melonjak dari tangga ke-49 ke tangga ke-24 dalam ranking dunia FIFA dalam tempoh kurang dua tahun.

Pada hujung 2010, mereka di kedudukan ke-112.

Wales juga berada di ambang layak ke pusingan akhir pertama mereka sejak penampilan sulung pada Piala Dunia 1958.

Jika Iceland memeranjatkan sebagai pendahulu Kumpulan A, Wales juga tidak dijangka sebagai pendahulu Kumpulan B dengan rekod tanpa kalah.

ARTIKEL YANG SAMA