Peluang ikuti kursus kemahiran

Peluang ikuti kursus kemahiran

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Ogos – Bahagian Pendidikan Komuniti, Institut Pendidikan Teknikal Brunei akan menganjurkan tiga Kursus Kemahiran bagi sesi 2016 iaitu Menaip dan Trengkas; Mengaji (Mukadam, Al-Quran & Taranum) dan Urusan Rumah Tangga (Masakan, Seni Rekaan Fesyen & Sulaman mesin (Kisi).

Kursus-kursus tersebut adalah terbuka kepada warganegara/penduduk tetap/warga asing (kad pintar hijau) yang berumur 15 tahun ke atas.

Bahagian berkenaan dalam satu kenyataan di sini berkata, borang permohonan penyertaan kini dibuka sehingga 30 September manakala pendaftaran kursus akan berlangsung pada 28 September hingga 3 Oktober bertempat di Simpang 347, Jalan Pasar Baharu, Gadong, BE1310, Negara Brunei Darussalam dari jam 8.00 hingga 11.30 pagi.

Untuk makluman lanjut, bolehlah menghubungi Bahagian Pendidikan Komuniti di talian 2422493 / 2422290.

ARTIKEL YANG SAMA