Peluang ikuti kursus singkat

Peluang ikuti kursus singkat

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mac – Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE), Kementerian Pendidikan kini menawarkan kursus-kursus pendek bagi bulan Mac kepada orang ramai yang berminat.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, antara kursus yang ditawarkan adalah Kursus Pendek Kraf Tangan yang merangkumi sulaman manik, songkok, membuat beg, kerongsang dan krusye (crochet).

Kursus Pendek Jahitan pula merangkumi baju kurung moden, shawl, sarung kerusi, gubahan bunga, alas meja skirting, baju cara Melayu, langsir, hiasan barang hantaran perkahwinan, jubah/gamis, seluar panjang, telekung, dastar, sinjang, blaus dan skirt panjang.

Manakala itu, Kursus Pendek Kosmetologi meliputi mekap lanjutan, mekap asas, rawatan muka (facial) asas, melukis muka, mereka bentuk inai asas, Pedicure & Manicure, fesyen rambut (hairstyling), gunting rambut dan kursus mekap.

Kursus-kursus lain yang ditawarkan termasuk Kursus Masakan Berlauk, Kursus Masakan Kuih-muih, Kursus Tulisan Seni Khat Asas (Nasakh) dan Kursus Pendek ICT.

Bagi pertanyaan lebih lanjut mengenai kursus-kursus berkenaan bolehlah menghubungi Dayang Aida (Kursus Pendek Kraftangan) di talian 2422493 sambungan 217, Dayang Alyani (Kursus Pendek Jahitan) menerusi sambungan 216, Dayang Mulsinah (Kursus Pendek Jahitan) menerusi sambungan 221, Dayang Nurul Ain (Kursus Pendek Kosmetologi) sambungan 208, Dayang Rosinah (Kursus Masakan) sambungan 206, Pengiran Zainul (Kursus Tulisan Seni Khat Asas) sambungan 207 dan Haji Farizul (Kursus Pendek ICT) sambungan 219.

Jika berminat, bolehlah mengambil borang dan membuat pembayaran semasa waktu dan hari bekerja di Bahagian Pendidikan Lanjutan dan Latihan, Simpang 347, Jalan Pasar Baru Gadong.

ARTIKEL YANG SAMA