Peluang jadi pengacara TV kanak-kanak

Peluang jadi pengacara TV kanak-kanak

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Julai – Regalblue Production Negara Brunei Darussalam akan adakan uji bakat terbuka untuk mencari bakat baru dalam bidang pengacara TV terbuka bagi kanak-kanak berumur 10 hingga 13 tahun.

Setiap calon bagi lelaki dan perempuan mestilah mempunyai kepetahan dalam Bahasa Melayu manakala kepetahan Bahasa Arab adalah satu kelebihan.

Uji bakat tersebut akan diadakan pada hari Jumaat, 10 Julai 2015 bermula jam 2.30 petang hingga 5.30 petang manakala pada hari Sabtu, 11 Julai 2015 pula uji bakat bermula jam 1.00 petang hingga 4.00 petang.

Sesi uji bakat akan diadakan di Studio Regalblue Production, No :153, Simpang 528, Kampung Sungai Hanching, Jalan Muara, Brunei Darussalam.

ARTIKEL YANG SAMA