Peluang jalin hubungan bersama rakan, pelanggan

Peluang jalin hubungan bersama rakan, pelanggan

TEMBURONG, 11 Feb – Suasana perayaan Gong Xi Fa Chai atau Tahun Baru Cina di daerah ini yang mempunyai penduduk berbilang kaum juga sama meriahnya seperti di daerah-daerah lain.

Dalam menjalin hubungan yang erat di samping merebut peluang beramah mesra antara masyarakat setempat, pelanggan dan rakan, pemilik Hotel Stoneville, Awang Ching Chiew Ann dan keluarganya turut mengambil kesempatan keemasan itu dengan mengadakan rumah terbuka di kediamannya di Kampung Menengah, baru-baru ini.

Pada majlis itu, pihaknya telah menghidangkan pelbagai juadah yang dipetik daripada senarai menu hotel tersebut, selain untuk memperkenalkannya kepada para pelanggan selepas Tahun Baru Cina ini nanti.

Pengurus Hotel, Dayang Doungtip Fongdoung ketika ditemu bual mengatakan pihaknya akan menghidangkan menu baru berkonsep ala Thai yang mana sebilangan menu baru itu telah pun diperkenalkan di restoran hotel tersebut sejak awal Januari lalu, termasuk hidangan ‘udang galah’ yang digemari ramai.

Dua orang pengunjung rumah terbuka itu, Liz dan Kimberly yang juga guru dari Australia, baru berada tiga minggu di daerah ini, menyatakan rasa teruja dengan suasana perayaan di sini dengan gabungan pelbagai kaum dan bangsa di samping mengambil peluang untuk beramah mesra dengan pengunjung yang lain sambil menikmati jamuan yang disediakan. – Ampuan Irma Susanti

Liz dan Kimberly (belakang) turut bergambar ramai bersama kakitangan Jabatan Daerah Temburong dan pemilik hotel semasa rumah terbuka tersebut.
Liz dan Kimberly (belakang) turut bergambar ramai bersama kakitangan Jabatan Daerah Temburong dan pemilik hotel semasa rumah terbuka tersebut.
Hidangan udang galah masak merah juga diperkenalkan di Hotel Stoneville.
Hidangan udang galah masak merah juga diperkenalkan di Hotel Stoneville.

ARTIKEL YANG SAMA