Peluang ke separuh akhir belum berakhir

Peluang ke separuh akhir belum berakhir

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Sept – Pasukan trio Brunei Darussalam membuka tirai temasya Sukan Pantai Asia ke-5 dengan kekalahan tipis di tangan trio Indonesia dengan mata 1-2.

Meskipun tewas pada perlawanan pembukaan hari ini Pasukan Brunei perlu diberikan pujian apabila memberikan tentangan hebat kepada pasukan Indonesia sehingga terpaksa ditentukan pada set penentuan.

Pasukan Brunei tewas pada set pertama dengan mata 12-21 dan bangkit semula pada set kedua dengan mata 21-15 namun tewas pada set ketiga dengan mata 13-21 menjadikan kedudukan 2-1 di pihak Indonesia.

Namun begitu peluang pasukan trio negara di Da Nang Vietnam untuk ke separuh akhir tidak berakhir di situ kerana pada perlawanan kedua pasukan Brunei Darussalam tampil gah menewaskan pasukan India dengan mata 2-0.

Pasukan Brunei Darussalam yang kini menyertai temasya Sukan Pantai Asia ke-5 di Da Nang, Vietnam. – Gambar Zaman Samat
Pasukan Brunei Darussalam yang kini menyertai temasya Sukan Pantai Asia ke-5 di Da Nang, Vietnam. – Gambar Zaman Samat

Pada set pertama perlawanan kedua menentang India pasukan Brunei Darussalam menang 21-8 sebelum membenam harapan India pada set kedua dengan mata 21-12.

Keputusan hari ini menjadikan Indonesia sebagai juara kumpulan A sementara pasukan Brunei Darussalam masih berpeluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya jika menang esok menentang pasukan Nepal.

ARTIKEL YANG SAMA