Peluang kebangkitan

Peluang kebangkitan

LONDON, 2 Okt (AFP/Reuters) – Arsene Wenger mungkin menjadi tumpuan selepas Arsenal trauma dalam Liga Juara-Juara, namun pasukannya boleh menyamakan mata dengan pendahulu Manchester United jika mengalahkan musuh mereka Ahad ini ketika bos Liverpool, Brendan Rodgers mengemudi pasukannya menentang musuh Everton.

Selepas satu lagi keputusan kurang baik dalam Liga Juara-Juara, kelab gergasi Liga Perdana Inggeris pasti mendapati mereka menjadi tumpuan utama hujung minggu ini.

Dua daripadanya akan bertemu sesama sendiri apabila pasukan tangga keempat Arsenal boleh menyertai United dengan 16 mata jika menundukkan mereka di Emirates.

Ia juga pasti akan membantu Manchester City kembali ke puncak jika mereka tidak mengalami kekalahan mengejut di tangan kelab bermasalah Newcastle United, malam esok.

Arsenal dijangka memanggil semula Petr Cech selepas penolongnya David Ospina menjaringkan gol sendiri ketika kalah mengejut 2-3 di laman sendiri kepada kelab Greece, Olympiakos awal pagi kelmarin dalam kekalahan kedua berturut-turut mereka di Eropah.

United semakin garang sehingga menghuni tangga teratas liga buat pertama kali di bawah pengurusan Louis van Gaal. – AFP
United semakin garang sehingga menghuni tangga teratas liga buat pertama kali di bawah pengurusan Louis van Gaal. – AFP
Arsenal boleh menyertai United dengan 16 mata jika menang Ahad ini. – AFP
Arsenal boleh menyertai United dengan 16 mata jika menang Ahad ini. – AFP

Mereka akan berdepan United yang sudah menjaringkan sembilan gol ketika menang tiga perlawanan liga berturut-turut, tiga daripadanya menerusi pemain muda berbakat Anthony Martial, sekali gus menghuni tangga teratas buat kali pertama di bawah Louis van Gaal.

Pasukan jiran Manchester City pula mengalami dua kekalahan liga berturut-turut di tangan West Ham United dan Tottenham Hotspur, selepas menjadi pilihan utama merebut kejuaraan apabila menang lima aksi pertama mereka.

Bagaimanapun, semangat mereka kembali melonjak selepas menang 2-1 ke atas Borussia Moenchengladbach di Eropah, awal pagi semalam.

Penjaga gol City, Joe Hart mencabar rakan sepasukannya supaya menggunakan semangat juang ketika bertemu Borussia Monchengladbach di peringkat Eropah bagi mencipta kebangkitan dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

Skuad bimbingan Manuel Pellegrini itu membuka kembali peluang untuk layak ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara apabila bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 bertemu Monchengladbach, awal pagi semalam.

Begitupun, City hanya mempunyai masa yang singkat untuk berehat apabila dijadual bertemu Newcastle dalam saingan EPL dengan kehadiran Hart jelas melonjakkan semangat buat kelab itu di Jerman.

Penjaga gol Argentina, Willy Caballero menampilkan aksi yang mengecewakan ketika City tewas 4-1 kepada Tottenham minggu lalu yang menyaksikan kedudukan teratas liga diambil alih pasukan tetangga, Manchester United.

Premier League matchday 8

Hart yang beraksi cemerlang ketika bertemu Monchengladbach, mahukan momentum sama bagi mengelak pasukan itu melakar tiga kekalahan berturut-turut liga.

“Kami perlu kembali kepada lima perlawanan awal kami dalam EPL musim ini, di mana kami adalah pasukan yang lebih seimbang,” kata Hart.

“Kami tidak begitu seimbang. Namun musim ini masih panjang, jadi kami akan mengharungi beberapa tahap. Kami berharap ia akan meletakkan kami dalam kedudukan baik bagi perlawanan bertemu Newcastle.”

City begitupun kehilangan beberapa pemain ketika bertemu Monchengladbach dengan Pellegrini terpaksa menggunakan gandingan Raheem Sterling, David Silva, Sergio Aguero dan Kevin de Bruyne untuk menjana serangan pasukan buat pertama kali dan percaturannya menjadi.

Dengan satu mata di belakang United, City dijangka mengatasi Newcastle kendalian Steve McClaren sekalipun pasukan lawan mempamerkan peningkatan Sabtu lalu selepas seri 2-2 di laman sendiri menentang juara bertahan Chelsea.

Chelsea, yang sudah kalah tiga kali dalam liga dan pulang selepas tewas 1-2 kepada FC Porto pada aksi Liga Juara-Juara, perlukan kemenangan bermula dengan perlawanan menentang Southampton di Stamford Bridge.

ARTIKEL YANG SAMA