Peluang lanjutkan pengajian di luar negara

Peluang lanjutkan pengajian di luar negara

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Ogos – Pelajar-pelajar tempatan terutama yang akan melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Pesta Pendidikan Antarabangsa Findlay yang berlangsung selama sehari di Tingkat 4, Dewan Ballroom, Hotel Antarabangsa Rizqun, The Mall Gadong, hari ini.

Menurut Pengarah Urusan Findlay, Sunita Martin, ini merupakan kali pertama Findlay mengadakan pesta pendidikan dengan menjemput institusi pendidikan antarabangsa.

Pesta yang disokong bersama oleh Kementerian Pendidikan ini disertai oleh institusi-institusi pendidikan terkenal dari United Kingdom, Australia dan Kanada seperti INTO University Partnerships, Northumbria University, University of Portsmouth, University of South Wales, University of St Andrews, University of Surrey, Deakin University, UTAS dan Lakehead University.

“Kami menjemput pelajar-pelajar berumur 14 tahun ke atas yang akan mengambil Peperiksaan Peringkat ‘O’, pelajar pengajian tinggi yang ingin melanjutkan pelajaran mereka keluar negara,” ujarnya.

Pelajar-pelajar tempatan mengambil kesempatan untuk menanyakan soalan mengenai pembelajaran masa depan mereka di institusi-institusi luar negara.
Pelajar-pelajar tempatan mengambil kesempatan untuk menanyakan soalan mengenai pembelajaran masa depan mereka di institusi-institusi luar negara.
Para pelajar bertanyakan soalan mengenai kursus-kursus yang mereka ingin ceburi.
Para pelajar bertanyakan soalan mengenai kursus-kursus yang mereka ingin ceburi.

Beliau menjelaskan, kebanyakan pelajar muda masih belum tahu apa yang mereka ingin pelajari pada masa hadapan, oleh itu inilah masa terbaik untuk mereka berbincang bersama wakil institusi-institusi luar negara bagi memastikan pembelajaran mereka nanti membawa kepada kerjaya yang mereka inginkan.

Pesta yang diadakan dari pukul 2 petang hingga 7 malam tersebut juga dibukakan kepada yang sudah bekerja yang ingin meneruskan pembelajaran mereka ke peringkat sarjana sambil melihat kursus-kursus yang ditawarkan mengikut kemahuan mereka.

Sunita Martin berharap Pesta Pendidikan Antarabangsa Findlay ini akan dapat memberi para pelajar kefahaman yang lebih mendalam mengenai latar belakang akademik dan minat untuk masa depan mereka.
Sunita Martin berharap Pesta Pendidikan Antarabangsa Findlay ini akan dapat memberi para pelajar kefahaman yang lebih mendalam mengenai latar belakang akademik dan minat untuk masa depan mereka.

Antara kursus terbaru yang ditawarkan termasuk pembelajaran akustik dan Pembangunan Mapan Global yang menjadi popular di seluruh dunia.

Selain itu, Findlay juga menyediakan tawaran Penilaian Psikometri untuk profil pelajar sebelum mengambil peperiksaan yang lebih tinggi.

Sunita menjelaskan, dengan adanya penilaian ini, pelajar yang belum mengambil Peperiksaan Peringkat ‘A’ akan dapat mengetahui keperibadian, minat dan keterangan lanjut yang akan dinilai nanti secara automatik menggunakan komputer dan akan memberi maklumat serasi setiap individu untuk mengambil kursus Peringkat ‘A’ mereka.

Beliau melahirkan harapan agar pesta pendidikan ini akan dapat memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar mengenai latar belakang akademik dan minat untuk masa depan mereka.

ARTIKEL YANG SAMA