Peluang lihat koleksi manuskrip Melayu

Peluang lihat koleksi manuskrip Melayu

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Ke arah memberigakan kepentingan manuskrip sebagai sumber sejarah yang tersimpan, Pusat Pengkajian Borneo (PenBORNEO) mengadakan pameran koleksi Manuskrip @ PenBORNEO selama sebulan bermula hari ini.

Pameran tersebut dibuka pada waktu dan hari-hari bekerja di PenBORNEO, Berakas (berhadapan dengan bangunan Sekolah DES), bertujuan memberikan peluang kepada orang ramai terutama dalam kalangan pelajar untuk mengenali jenis manuskrip yang tersimpan di pusat itu.

Jurucakap Pusat Sejarah ketika ditemui hari ini berkata, manuskrip Melayu merupakan hasil karya penulisan tangan dalam tulisan Jawi yang melambangkan kesarjanaan para intelektual Melayu dahulu.

Ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu merangkumi pelbagai bidang seperti sejarah, kitab agama, kesusasteraan, petua dan undang-undang, dan melihat kepada kepentingannya, PenBORNEO mengadakan pameran yang dibukakan kepada orang ramai itu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Suasana di ruang pameran PenBORNEO tersebut.
Suasana di ruang pameran PenBORNEO tersebut.

Pameran diadakan bersempena ‘Bengkel Asas Memulihara dan Mentransliterasikan Manuskrip Melayu’ bagi mempromosikan PenBORNEO sebagai Pusat Sumber dan Pengkajian Borneo yang menyimpan pelbagai koleksi bahan sejarah termasuklah manuskrip untuk rujukan orang ramai.

Pusat Pengkajian Borneo kini menyimpan sebanyak 271 naskhah manuskrip dan sebahagiannya sudah ditransliterasikan untuk kemudahan rujukan penyelidik dan sejarawan dan kini masih menyimpan pelbagai jenis manuskrip yang masih banyak belum diketahui orang ramai khususnya para penyelidik.

Para pelajar dan pengunjung disyorkan untuk menghubungi PenBORNEO terlebih dahulu untuk membuat temu janji bersama pegawai di sana bagi mendapatkan penerangan yang lebih lanjut mengenai manuskrip yang dipamerkan di sana.

ARTIKEL YANG SAMA