Peluang lihat lebih dekat kereta Mazda

Peluang lihat lebih dekat kereta Mazda

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Okt – Grand Motors Sdn Bhd selaku pengedar eksklusif kereta Mazda di Negara Brunei Darussalam kini sedang mengadakan jerayawara mengetengahkan lima model keluaran baru Mazda di Atrium The Mall, Gadong.

Jerayawara berkenaan, yang telah bermula kelmarin hingga 16 Oktober, mempamerkan Mazda 2 Hatchback, Mazda 3 Sedan, Mazda 6 Wagon, CX-5 dan the MX-5.

Semasa jerayawara tersebut, pelanggan boleh mendapatkan model-model kereta tersebut pada harga promosi, di mana pelanggan berpeluang menjimatkan sehingga $6,500 atau menaik taraf dengan memilih bodykit.

Setiap model mempunyai gayanya tersendiri yang mana CX-5 merupakan kenderaan SUV yang boleh digunakan di atas pelbagai kondisi jalan. Selepas dilancarkan pada tahun lepas, kereta berkenaan terbukti sebagai salah sebuah kereta yang diminati bagi kereta SUV berkualiti tinggi.

Jerayawara yang sedang berlangsung di Atrium The Mall, Gadong sehingga Ahad ini.
Jerayawara yang sedang berlangsung di Atrium The Mall, Gadong sehingga Ahad ini.

Manakala itu, Mazda 3 yang mempunyai peminat tersendiri, merupakan kereta yang paling murah dijual dalam sejarah Mazda.

Sepanjang jerayawara ini, pelanggan boleh mengetahui lebih lanjut kebolehan dan penampilan model-model Mazda yang semakin popular di Negara Brunei Darussalam.

Untuk maklumat lebih lanjut lagi, pelanggan boleh mengunjungi bilik pameran Grand Motors Sdn Bhd atau menghubungi talian 2613888 sambungan 236 untuk tempahan uji pandu model-model Mazda berkenaan.

ARTIKEL YANG SAMA