Peluang Lobzhanidze cipta sejarah

Peluang Lobzhanidze cipta sejarah

LONDON, 16 Sept (Reuters) – Juruskrum remaja Georgia, Vasil Lobzhanidze yang masih bersekolah ketika Piala Dunia Ragbi yang lalu, akan diberikan peluang untuk mencipta sejarah dan menunjukkan apa yang mampu dilakukannya di peringkat antarabangsa, menurut jurulatih Milton Haig.

Pemain remaja berusia 18 tahun itu, yang wiranya adalah pemenang Piala Dunia England, Jonny Wilkinson dijangka menjadi pemain termuda yang akan beraksi di Piala Dunia Ragbi jika dia bermain dalam mana-mana perlawanan Pool C, Georgia.

Jika dia muncul menentang New Zealand, Argentina, Tonga atau Namibia dia akan mengatasi pemain termuda sebelum ini, Thretton Palamo dari Amerika yang baru saja berusia 19 tahun apabila dia beraksi menentang Afrika Selatan pada tahun 2007.

“Dia berada dalam skuad ini kerana dia adalah salah seorang dari tiga pemain juruskrum terkenal di Georgia dan adalah pemain nombor satu kami No.9. Dia telah meraih tempat menerusi permainannya, dan jelas dia membawa banyak belia dan tenaga kepada pasukan,” jurulatih Milton Haig memberitahu sidang berita di hotel pasukannya di Bristol semalam.

Aksi Lobzhanidze (tengah) dalam salah perlawanan yang disertainya. – Reuters
Aksi Lobzhanidze (tengah) dalam salah perlawanan yang disertainya. – Reuters

“Dia akan pasti menonjol, kami masih dalam proses pemilihan, maka sama ada dalam permainan pertama menentang Tonga pada hari Sabtu atau permainan terakhir menentang Namibia, kami belum tahu lagi, tetapi dia akan pasti bermain. Tidak diragui lagi.”

Lobzhanidze, yang akan berusia 19 tahun pada akhir peringkat kumpulan, telah membuat kemunculan sulung ujiannya untuk Georgia menentang Jerman pada Piala Negara-Negara Eropah bulan Februari lalu dan adalah anggota pasukannya yang telah memenangi Trofi Ragbi Dunia Di bawah 20 beberapa bulan kemudian. Haig tidak meragui tentang kematangan juruskrum di padang, meskipun dia tidak mempunyai pengalaman antarabangsa.

“Walaupun dia baru berusia 18 tahun, dia bermain dan membuat keputusan seperti berusia 25 atau 26 tahun, dan dia membuat keputusan yang baik ketika dalam keadaan tertekan,” ujarnya.

Lobzhanide, yang telah berada dalam pasukan terkenal Georgia, Armazi Tbilisi sejak usia 11 tahun berkata adalah ‘impian menjadi kenyataan’ menjadi sebahagian skuad Piala Dunia Lelos.