Peluang mahasiswa jadi usahawan

Peluang mahasiswa jadi usahawan

Oleh Normazlina M.D

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar menjual produk makanan mereka, Majlis Perwakilan Pelajar Institut Teknologi Brunei (ITB) melalui Exco Ekonomi dan Keusahawanan menganjurkan Pesta Makanan selama lima hari bermula hari ini di Phase 2, ITB.

Pesta ini juga dapat menyokong para pelajar untuk berdikari dan berusaha dalam bidang keusahawanan di samping menjimatkan masa para pelajar dan guru-guru agar dapat membeli makanan di tempat yang berhampiran dan menikmati pelbagai makanan yang dijual.

Selain daripada pelajar-pelajar ITB, beberapa pengusaha tempatan juga ikut serta seperti Sempoii Burger, Ajwa Kitchen, Munroe Skewer, Al Baik Takoyaki, Delifrance Badiah, Slush AQUA, Kofta Diva, Sufinaz, dan Marzu Enterprise.

Bagi memeriahkan lagi Pesta Makanan ini, ia juga dibukakan kepada orang ramai sehingga 23 Januari ini, dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

p10-3_20160119

Antara pelajar ITB yang berkunjung ke Pesta Makanan itu.
Antara pelajar ITB yang berkunjung ke Pesta Makanan itu.

ARTIKEL YANG SAMA