Peluang melabur dalam hartanah berharga di Sibu

Peluang melabur dalam hartanah berharga di Sibu

SIBU, 4 Ogos – Ekspo hartanah terbesar di Malaysia Timur, PH Expo 2015, akan diadakan di Dewan Suarah, Sibu sebagai destinasi terakhir bagi siri ekspo tersebut dengan menampilkan hartanah-hartanah terbaik dan berkualiti di dalam dan luar negara. Pelabur-pelabur hartanah serta mereka yang sedang mencari hartanah berpeluang meneroka dengan lebih mendalam mengenai trend hartanah dan peluang perniagaan masa kini, pada ekspo yang akan diadakan dari 14 hingga 16 Ogos ini bermula jam 10 pagi hingga 8 malam.

Menurut kenyataan penganjur, siri PH Exspo bermula di Kota Kinabali pada 27 hingga 19 Mac lalu sebelum diteruskan ke Kuching pada 1 hingga 3 Mei dan Miri pada 22 hingga 24 Mei.

Sibu yang lebih dikenali sebagai ‘Fuzhou baru’ dianggap sebagai lombong emas yang belum diteroka.

Jumlah penduduknya berkembang daripada 162,676 orang pada 2010 kepada 200,000 sekarang. Dalam masa sepuluh tahun akan datang, jumlah penduduk Sibu dijangka berkembang kepada 800,000 dengan mengambilkira kepesatan pertumbuhan infrastruktur serta pembesaran lapangan terbang Sibu.

PH Ekspo yang pernah diadakan baru-baru ini.
PH Ekspo yang pernah diadakan baru-baru ini.

ARTIKEL YANG SAMA