Peluang membaharui hubungan

Peluang membaharui hubungan

OTTAWA, Kanada, 8 Mac (AFP) – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau akan membawa gaya dan perkembangan dalam kunjungan pertamanya ke Washington, yang mana beliau dan isterinya akan menjadi tetamu kehormat pada acara makan malam negara Rumah Putih pada Khamis ini.

“Terdapat tarikan di Washington,” kata Matt Browne, pegawai kanan di pusat pemikir Center for American Progress di ibu negara Amerika Syarikat (AS).

“Orang ramai teruja untuk berada di sekelilingnya, bercakap dengannya dan belajar lebih banyak mengenai visinya.”

Trudeau adalah pemimpin Kanada yang pertama diraikan di Washington dalam hampir dua dekad.

Dalam masa beberapa hari terdapat parti koktel, muzik dan selebriti, meletakkan kalungan bunga di Arlington Cemetry, soal jawab bersama pelajar, ucapan dan banyak lagi.

Para penunggang basikal melintasi bendera AS dan Kanada di Bangunan Pejabat Eksekutif Eisenhower bersebelahan Rumah Putih di Washington pada 8 Mac. Persediaan dilaksanakan bagi kunjungan rasmi PM Justin Trudeau pada Khamis ini. – Reuters
Para penunggang basikal melintasi bendera AS dan Kanada di Bangunan Pejabat Eksekutif Eisenhower bersebelahan Rumah Putih di Washington pada 8 Mac. Persediaan dilaksanakan bagi kunjungan rasmi PM Justin Trudeau pada Khamis ini. – Reuters

Begitu juga dengan kunjungannya memberikan peluang untuk membaharui hubungan Kanada-AS yang terjejas di bawah pentadbiran sebelumnya.

“Ia akan menjadi sesuatu yang baru untuk mendapatkan sebahagian isu-isu berdasarkan politik dan inspirasi berbanding perbalahan,” kata Browne, yang membandingkan tekanan Trudeau bagi kepelbagaian, inklusif dan agenda ekonomi yang progresif dengan perdebatan presiden AS baru-baru ini di mana Donald Trump menyangkal dakwaan memperkecilkan mengenai ‘tangan kecil’ dan organnya.

“(Keluar) menentang sikap tidak bertoleransi dan ketakutan politik dan idea seperti yang diperlukan bagi negara untuk melabur dalam infrastruktur dan membuka ruang pekerjaan, semuanya sebahagian dari agenda progresif yang diketuai Trudeau, dan banyak kepentingan dalam visinya,” kata Browne.

Tetapi jangan dijangka hanya perdana menteri Kanada yang akan menjadi tumpuan.

“Terdapat tarikan terhadap Sophie juga,” jelasnya, yang merujuk kepada isteri Trudeau, hos televisyen, Sophie Gregoire.

Trudeau, 44, dan Gregoire, 40, menjadi hiasan majalah Vogue, bagi isu Disember, sementara The New York Times dan The Washington Post baru –baru ini menerbitkan potret-potret yang memuji perdana menteri itu.

ARTIKEL YANG SAMA