Peluang menang cabutan KBSentral

Peluang menang cabutan KBSentral

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 20 April – Siri cabutan pertama daripada empat siri dalam Kempen Cabutan Bertuah ke-2 Kompleks Membeli-Belah Sentral Kuala Belait (KBSentral) akan diadakan pada 1 Mei 2016 ini dengan menawarkan sebuah kereta Proton Satria Neo R3.16L Manual Hatch Back Petrol sebagai hadiah utama.

Cabutan berkenaan akan diadakan pada pukul 2 petang bertempat di Atrium Kompleks Beli-Belah KBSentral, di mana para pelanggan turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang lain seperti baucar penginapan di Hotel Garden Sentral, barangan elektronik dan baucar makan.

Orang ramai masih lagi berpeluang menyertai cabutan berkenaan dengan hanya berbelanja di mana-mana kedai di bawah pusat membeli-belah berkenaan termasuk menonton wayang, dengan tanpa pembelian minuman, kemudian tunjukkan resit pembelian di kaunter cabutan bertuah untuk mendapatkan cap dan isi butiran pada resit cabutan.

Resit cabutan berkenaan akan dimasukkan ke dalam kotak undian untuk cabutan setiap hari, di mana pelanggan boleh menyertai seberapa banyak yang mereka mahu untuk meraih peluang memenangi hadiah.

Hadiah istimewa yang ditawarkan Kompleks Beli-belah KBSentral bagi cabutan bertuah bulan November hingga Jun tahun depan.
Hadiah istimewa yang ditawarkan Kompleks Beli-belah KBSentral bagi cabutan bertuah bulan November hingga Jun tahun depan.

Tarikh akhir penyertaan pada 1 Mei ini di mana kaunter cabutan bertuah akan ditutup pada pukul 12 tengah hari.

Pemegang kupon cabutan bertuah perlu hadir pada majlis cabutan diadakan, dengan membawa bersama kad pengenalan mereka sebagai bukti identiti serta membawa kupon cabutan bertuah mereka. Wakil-wakil dibenarkan tetapi perlu membawa bersama kad pengenalan mereka sendiri, dan juga salinan kad pengenalan pemenang bersama-sama dengan kupon asal.

Kempen Cabutan Bertuah ke-2 KBSentral telah bermula pada 1 November 2015 dan akan berlangsung sehingga 25 Jun 2017, dengan menawarkan hadiah-hadiah istimewa bernilai $200,000 keseluruhannya.

ARTIKEL YANG SAMA