Peluang menang di Pesta Makanan Brunei

Peluang menang di Pesta Makanan Brunei

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Mac – Dengan tema ‘Cuti Cuti Makan and Have Fun,’ Pesta Makanan Brunei 2016 yang akan berlangsung pada 23 hingga 29 Mac ini menjanjikan pelbagai makanan menyelerakan dan unik yang diketengahkan oleh pengusaha kecil dan sederhana (PKS) dan penggiat makanan.

Star Bugs Event Management selaku penganjur pesta berkenaan bukan sahaja menyajikan pengunjung dengan makanan-makanan istimewa malahan pelbagai aktiviti bagi pengunjung dewasa dan kanak-kanak.

Menurut pihak penganjur, antara yang menarik dan istimewa pada pesta itu nanti termasuk kupon cabutan bertuah yang akan diberikan secara percuma kepada pengunjung yang datang pada 23 Mac.

Pengunjung berpeluang mendapatkan kupon percuma pada 23 Mac 2016 di pesta tersebut.
Pengunjung berpeluang mendapatkan kupon percuma pada 23 Mac 2016 di pesta tersebut.

Sementara itu, pengunjung yang datang selepas 23 Mac hanya boleh mendapatkan kupon cabutan bertuah mereka apabila berbelanja $30 ke atas di pesta berkenaan. Sempena cuti persekolahan ini, pihak penganjur juga menyediakan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak antaranya menghias kek cawan dan Marshmallow serta banyak lagi.

Sehubungan itu, orang ramai adalah dialu-alukan untuk datang berkunjung ke pesta berkenaan bersama keluarga untuk berbelanja sambil berhibur.

Pesta Makanan Brunei 2016 disokong oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, WEBAKE Baking Studio dan Borneo Bulletin sebagai rakan eksklusif media.

ARTIKEL YANG SAMA