Peluang menang kereta

Peluang menang kereta

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos – Pan Bright Travel Service akan melancarkan Promosi ‘Melancong & Menang Kereta’ ke-3 sempena Pesta Pelancongan 2016 yang akan berlangsung hujung minggu ini di Dewan Serba Guna, Hotel Centrepoint, Gadong.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pan Bright Travel Service hari ini, promosi kali ini berbeza daripada tahun sebelumnya, yang mana seorang pemenang bertuah akan mempunyai pilihan untuk memandu pulang sebuah kereta Hyundai baru atau beg eksklusif jenama Hermès Birkin.

Selain hadiah utama, inisiatif cabutan bertuah tahun ini akan lebih menarik di mana pelanggan bertuah juga berpeluang untuk memenangi hadiah bulanan berupa tiket penerbangan ke Kota Kinabalu, Saigon, Bali atau Singapura bermula September 2016 hingga Februari 2017.

Hadiah utama bagi promosi ini disumbangkan oleh Pan Bright Travel manakala itu, hadiah-hadiah lain termasuk tiket penerbangan ke London, Melbourne dan Tokyo, ditaja oleh Penerbangan Diraja Brunei dan Singapore Airlines.

Dalam promosi sebelum ini, Dayang Zuriana binti Abdul Latif berjaya memandu pulang sebuah kereta untuk musim 2014/2016 manakala itu, hadiah utama untuk musim 2015/2016, Awang Wasli bin Haji Hamid membawa pulang hadiah utama.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk setiap $200 yang dibelanjakan untuk mana-mana produk dan perkhidmatan berkaitan perjalanan daripada Pan Bright Travel Service, pelanggan setia akan layak mendapat kupon cabutan bertuah.

Cabutan bertuah untuk promosi ini akan bermula pada 2 September 2016 dan berakhir pada 31 Mac 2017 nanti.

ARTIKEL YANG SAMA