Peluang menang VW Vento

Peluang menang VW Vento

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mac – Cabutan Bertuah Pepsi Bonanza kembali lagi dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik di samping kereta Volkswagen Vento sebagai hadiah utama. Pelancaran acara tahunan Kingston Beverage & Creamery itu telah diadakan di Ibu Pejabat Kingston Beverage & Creamery, hari ini, dan telah disempurnakan oleh Pengurus Besarnya, Valentine Hon bersama Pengurus Pemasaran dan Jualan, Kevin Robin Jon.

Pepsi Bonanza Draw 2016 yang berlangsung dari 15 Mac hingga 31 Mei itu akan lebih menarik berbanding tahun lalu, kerana ia akan turut dijayakan bersama KFC, Marrybrown dan Times Cineplex.

Ini bermakna orang ramai kini mempunyai banyak cara untuk menyertai cabutan bertuah itu.

Gambar ramai warga Kingston Beverage & Creamery.
Gambar ramai warga Kingston Beverage & Creamery.
Valentine Hon (kanan) bersama Kevin Robin Jon ketika melancarkan kotak penyertaan Pepsi Bonanza Draw 2016.
Valentine Hon (kanan) bersama Kevin Robin Jon ketika melancarkan kotak penyertaan Pepsi Bonanza Draw 2016.

Untuk ikut serta, orang ramai perlu membeli mana-mana minuman botol 1.5L sama ada Pepsi, Pepsi Twist, 7Up, 7Up Revive, Mirinda Orange, Mirinda Strawberry, Mirinda Green Apple atau Mirinda Green Fruit, kemudian masukkan dua label minuman botol berkenaan bersama borang penyertaan yang telah diisi ke dalam kotak-kotak yang disediakan di kedai-kedai yang dipilih di seluruh negara.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan KFC, Marrybrown atau Times Cineplex, dan membeli hidangan pilihan dan kombo untuk menyertai cabutan berkenaan.

Sebelum cabutan utama, dua cabutan awal juga akan diadakan. Pelbagai hadiah termasuk barangan gajet, bernilai $40,000 keseluruhannya, menanti para pemenang.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pepsi Bonanza Draw 2016, bolehlah mengikuti laman Facebook Pepsi Brunei.