Peluang menangi hadiah menarik

Peluang menangi hadiah menarik

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Penjagaan kebersihan dan kecantikan kenderaan amat diambil perhatian terutama bagi penggemar kereta dan pastinya di mana saja terdapat tawaran penjagaan kenderaan yang menarik.

Sehubungan dengan itu, IRADS co, Abraco Industrial Park, Lambak Kanan kini menawarkan promosi istimewa kepada orang ramai bermula 1 April hingga 17 Jun 2016 untuk berpeluang mendapatkan hadiah menarik dengan syarat menggunakan salah satu tawaran yang ditawarkan sepanjang tempoh tersebut.

Pelbagai tawaran disediakan iaitu perkhidmatan cuci kereta tanpa had, AUTEC Shine Express Polish, perlindungan kemalangan insurans takaful termasuk caj buruh percuma untuk perkhidmatan kereta di Syarikat Carmotor Auto Part, Gadong.

Dengan tawaran ini, orang ramai layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang ditawarkan antaranya barangan elektronik, tiket ke Kuala Lumpur dan hadiah utama sebuah kereta Hyundai i20 Active.

Selain itu, cabutan bertuah juga akan diadakan setiap hari di mana 50 pelanggan bertuah akan memenangi hadiah mereka.

Bagi keterangan lanjut mengenai promosi yang ditawarkan, orang ramai boleh berkunjung ke IRADS co di Giant Hypermart, Rimba semasa DST District.