Peluang ‘menginap’ di penjara

Peluang ‘menginap’ di penjara

PENJARA Daerah Pusat era kolonial di Sangareddy, India, kini memberikan peluang kepada orang ramai untuk hidup sebagai seorang banduan selama sehari, dengan sedikit bayaran.

‘Rasai Penjara’ adalah satu inisiatif inovatif yang dicipta oleh Jabatan Penjara-penjara di Daerah Telangana yang membolehkan orang ramai merasai sendiri berada dalam tahanan selama 24 jam. Semasa ‘penginapan’ mereka, banduan sukarela disediakan dengan pakaian seragam penjara, pinggan besi dan gelas, sabun serta kemudahan lain menurut panduan penjara, dan dijangka mengikuti kesemua rutin seharian seorang banduan sebenar, termasuk menghabiskan masa mereka di dalam sel dan makan makanan yang disediakan penjara.

Menurut Pemangku SP M Lakshmi Narasimha, mereka mahu membelanjakan sebanyak 500 rupee India (AS$7.50) selama sehari di penjara boleh merasai sendiri pengalaman menjadi seorang ‘khaidi’ atau banduan.

“Seseorang itu akan merasai kesemua apa yang dirasai oleh banduan sebenar; bermula sabun buatan penjara dan pakaian seragam penjara hingga pemeriksaan malam oleh para pengawal, semuanya benar,” katanya.

Penjara Daerah Pusat era kolonial di Sangareddy ini sudah berusia 220 tahun.
Penjara Daerah Pusat era kolonial di Sangareddy ini sudah berusia 220 tahun.
Orang ramai hanya perlu membayar 500 rupee untuk merasai sendiri pengalaman sebagai seorang banduan selama 24 jam.
Orang ramai hanya perlu membayar 500 rupee untuk merasai sendiri pengalaman sebagai seorang banduan selama 24 jam.

Jika mengikut panduan penjara India, para banduan akan dibangunkan pada jam 5 pagi oleh dua orang pengawal dan selepas membersihkan sel, mereka akan dibawa ke laman. Pada jam 6:30 pagi, mereka diberikan teh, dan pada jam 7:30 sarapan pagi dihidangkan. Makan tengah hari dihidangkan antara 10:30 dan 11 pagi, sementara makan malam diberikan pada jam 5 petang.

Para banduan dikunci dalam sel masing-masing pada jam 6 petang dan hanya dilepaskan semula pada keesokan paginya. Bagi memastikan tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku dan para banduan sukarela tidak terlalu takut berada di penjara kolonial lama pada waktu malam, para pengawal malam akan membuat pemeriksaan dengan kerap.

Para banduan dikunci dalam sel masing-masing pada jam 6 petang dan hanya dilepaskan semula pada keesokan paginya.
Para banduan dikunci dalam sel masing-masing pada jam 6 petang dan hanya dilepaskan semula pada keesokan paginya.

Sementara sebahagian orang mungkin mendapati idea hidup sebagai banduan sebenar itu agak menarik, penduduk India kelihatannya tidak begitu teruja untuk mendapatkan peluang itu, menurut Pemangku Narasimha.

“Kami telah menerima beberapa panggilan dari Tamil Nadu dan Karnataka, dan terbaru dari Mumbai, tetapi setakat ini belum seorang pun yang menempah sel penjara. Mungkin mereka mahu tahu tetapi takut-takut. Sesiapa yang mahu menempah perlu memaklumkan kami sehari lebih awal agar kami boleh menyediakan segala persiapan,” katanya.

Mungkin idea terputus hubungan dengan dunia luar sepenuhnya, kerana tidak dibenarkan membawa telefon atau menerima lawatan semasa ‘penginapan’ itu, atau mungkin keadaan penjara yang berusia 220 tahun itu yang sangat usang menyebabkan orang ramai menjauhkan diri. Tetapi ia setentunya satu promosi pelancongan yang menarik dan pelik.