Peluang menjadi pengadil sepak takraw

Peluang menjadi pengadil sepak takraw

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Persatuan Sepak Takraw Negara Brunei Darussalam (PESTABARU) ingin memberikan peluang kepada orang ramai yang berminat menjadi pengadil untuk menyertai Kursus Asas Pengadil Sepak Takraw 2016 yang akan bermula pada bulan Ogos depan.

Kursus tersebut akan diadakan pada hari Jumaat (pagi dan petang), Sabtu (malam) dan Isnin (malam) di Bilik Juri, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Menurut kenyataan PESTABARU, penyertaan hanya dihadkan kepada 30 orang sahaja, berumur di antara 18 hingga 50 tahun dan tiada bayaran akan dikenakan kepada peserta kecuali bagi bayaran carta pengadil yang bernilai $7.

Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi Setiausaha Agung Perlawanan PESTABARU, Haji Zaman bin Haji Samat di talian 8882558 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 2 Ogos 2016 jam 4 petang.

ARTIKEL YANG SAMA