Peluang ‘Mess...

Peluang ‘Messi Mesir’ buktikan diri

MILAN, 12 Jan – Dia mungkin gagal menarik minat Jose Mourinho, tetapi Mohamed Salah (gambar) mempunyai peluang untuk membuktikan kenapa dia digelar sebagai ‘Messi Mesir’ di Piala Negara-Negara Afrika.

“Salah kelihatan hebat,” kata jurulatih Mesir, Hector Cuper.

“Jika dia terus meningkat, dia mampu menjadi antara pemain terbaik di dunia. Saya suka perkara itu terjadi kepadanya.”

Bagi sebahagian besar orang, termasuk para penyokong Chelsea, Salah mungkin tidak tergolong dalam barisan nama seperti Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi.

Tetapi satu perkara yang pasti, sejak dia meninggalkan Chelsea, tahap pemain berusia 24 tahun itu semakin meningkat.

Para penyokong Roma sangat berterima kasih kepada Mourinho, di mana Salah hanya membuat 13 kemunculan selepas perpindahan bernilai 11 juta euro dari FC Basel ke Chelsea.

Para penyokong Itali merupakan peminat besar permainan pantas Inggeris, dan apabila Salah datang ke Serie A, dia telah dialu-alukan dengan tangan terbuka.

Sejak itu Salah telah membayar balik kebaikan itu dengan larian bertenaga, kawalan bola yang hebat dan sasarannya untuk menjaringkan gol. Dengan sasaran itu dia telah mencipta hatrik pada bulan lepas dengan terus membina hubungan baik dengan penyerang Roma, Edin Dzeko.

Dipilih sebagai Pemain Terbaik Roma 2016, Salah telah menjadi bahagian penting dalam kelab bagi memburu kejuaraan sejak 2011. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA