Peluang miliki aset luar negara

Peluang miliki aset luar negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Mei – Pan Villa Properties menjemput orang ramai dan para pelabur, pada hujung minggu ini, untuk menyaksikan pratonton pusat peranginan ketiga KL Metro Group, Lexis Hibiscus di Port Dickson yang diadakan pada 21 dan 22 Mei di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

Lexis Hibiscus terletak secara strategik di sepanjang pantai di Semenanjung Malaysia yang dibina berbentuk bunga kebangsaan Malaysia ‘Bunga Raya’ yang diusahakan bersama dengan kerajaan negeri setempat, Negeri Sembilan.

Lexis Hibiscus adalah mercu tanda kedua yang paling dikenalpasti di Malaysia, selepas Menara Kembar Petronas. Ia juga pembangunan tunggal terbesar di atas laut di Asia Tenggara.

Disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru dan Singapura, Port Dickson telah sekian lama menjadi tempat kegemaran percutian pendek bagi orang-orang tempatan dan luar negara, sejak 50 tahun yang lalu.

Menurut kenyataan di sini, dari Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia (KLIA & KLIA2) dan Litar Lumba F1 Sepang yang terkenal, ia hanya memakan masa perjalanan 40 minit ke Port Dickson.

Hotel Lexis Hibiscus yang dibina di atas perairan pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.
Hotel Lexis Hibiscus yang dibina di atas perairan pantai Port Dickson, Negeri Sembilan.

Hotel yang siap sepenuhnya dan mula beroperasi sejak tahun lepas itu mempunyai 639 unit (termasuk vila air dan bilik menara) dan setiap satunya dilengkapi dengan kolam renang peribadi dan stim sauna.

Setiap unit berkeluasan 926 kaki persegi ke atas dan dilengkapi dengan kemudahan dan perabot hotel bertaraf lima bintang antarabangsa. Ketika ini ia diurustadbir oleh Lexis Hotel Group, Lexis Hibiscus telah menikmati purata 65 peratus penghunian sejak pembukaannya pada Mei 2015 lalu.

KL Metro kini berada di Bandar Seri Begawan untuk mempromosikan 11 unit terakhir projek itu dan pada masa yang sama, untuk memperkenalkan ikon baru Malaysia itu kepada orang-orang Brunei. Para pelabur akan mendapat pilihan untuk menyewakan unit tersebut kembali kepada KL Metro untuk 15 tahun.

Ruang dalam hotel yang dilengkapi dengan kemudahan dan perabot hotel bertaraf lima bintang antarabangsa.
Ruang dalam hotel yang dilengkapi dengan kemudahan dan perabot hotel bertaraf lima bintang antarabangsa.

Sebagai sebahagian insentif istimewa hujung minggu ini, bagi lima tahun pertama akan dijamin pada 7 peratus kadar tahunan sementara baki 10 tahun akan menjadi perkongsian keuntungan berdasarkan jumlah pendapatan yang dijana oleh pihak hotel. Semua pelabur juga akan menikmati penginapan 10 malam percuma di hotel itu tanpa sebarang tarikh ‘mansuh’.

Pelaburan eksklusif ini hanya memerlukan $17,000 yang memberikan pulangan segera $120,000 nanti.

Memandangkan Lexis Hibiscus dikendalikan sepenuhnya oleh pengusaha hotel profesional, para pemilik tidak perlu khuatir akan kerumitan mengendalikan hartanah mereka. Kerja-kerja pembaikan, penyelenggaraan, kutipan pembayaran, dan sebagainya akan diuruskan oleh pengendali hotel. Pendek kata, Lexis Hibiscus menawarkan anda pengalaman pelaburan yang tidak menyusahkan anda.

Sempena pameran hujung minggu ini, KL Metro akan menawarkan beberapa hadiah percuma tambahan kepada tiga pembeli sah pertama. Peluang keemasan untuk memiliki salah satu pembangunan paling dimahukan ini adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.

Bagi maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Sarah di talian 8711886 atau Nick di talian 8730353.

ARTIKEL YANG SAMA