Peluang Murray rebut no.1 cerah

Peluang Murray rebut no.1 cerah

SHANGHAI, 17 Okt – Andy Murray tidak pernah menjadi ahli yang paling bergaya dalam tenis ‘Big Four’, akhirnya kelihatan bersinar dan dilihat mampu merampas takhta pemain tenis no.1 dunia.

Menang back-to-back gelaran di China tanpa tewas mengambarkan ceritanya tersendiri, dan menggariskan konsensus bahawa Murray kini adalah pemain terbaik di dunia.

Pemain berusia 29 tahun itu menewaskan Roberto Bautista untuk memenangi gelaran Masters Shanghai ketiga kelmarin, menjulang trofi keenam dalam pencapaian terbaiknya musim ini.

Ia boleh menjadi lebih baik untuk Murray, yang boleh mengatasi Novak Djokovic dengan kemenangan di Vienna dan Paris, dengan syarat pemain Serbia itu tidak sampai pada peringkat akhir perlawanan di Paris.

Andy meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki ketika menentang Roberto pada kejohanan tenis Masters Shanghai di Shanghai kelmarin. - AFP
Andy meraikan kejayaan selepas memenangi perlawanan akhir perseorangan lelaki ketika menentang Roberto pada kejohanan tenis Masters Shanghai di Shanghai kelmarin. – AFP

Ia tidak mendatangkan kesan yang buruk terhadap prestasi Murray, di saat Djokovic mengalami penurunan secara mendadak, manakala Roger Federer pula diketepikan disebabkan kecederaan.

Rafael Nadal juga menghadapi penurunan, namun Murray akan menjadi pengganti yang layak sebagai yang terakhir daripada empat daripada mereka, yang mempunyai 46 gelaran Grand Slam antara mereka, untuk mencapai nombor satu. – AFP