Peluang niaga gerai Ramadan

Peluang niaga gerai Ramadan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Mei – Sempena bulan Ramadan tahun ini, Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) akan menganjurkan Gerai Ramadan Belia 2016 bertempat di kawasan letak kereta J dan K, Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

Borang penyertaan bagi gerai Ramadan yang dikendalikan oleh Riza Fudhlana Management Services itu boleh diperolehi di Tingkat 3, Ibu Pejabat Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan, Bangunan KKBS pada waktu bekerja.

Selain itu, borang juga boleh didapati di Pejabat Riza Fudhlana, No 13 & 14, Simpang 271, Kampung Lambak, Jalan Pasir Berakas dari pukul 8 pagi hingga 5 petang.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan tidak lewat pada 23 Mei 2016, pukul 4 petang.   Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi talian 2381903/4/5 sambungan 1305/1316 atau 8717869 semasa waktu bekerja.

ARTIKEL YANG SAMA