Peluang nikmati pelbagai hidangan Turki

Peluang nikmati pelbagai hidangan Turki

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Nov – Hotel Radisson di ibu negara pada masa ini mengadakan promosi makanan Turki yang akan berlangsung sehingga 8 November ini.

Sepanjang promosi ini, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai jenis hidangan dari rantau-rantau berbeza di Turki seperti kebab, baklava dan roti leper (gozlemes) hingga ladu buatan sendiri (manti) dan banyak lagi yang disediakan khas oleh Cef Baki Biyik dan Cef Bora Turan yang didatangkan khas dari Turki.

Lebih menarik lagi, menurut kenyataan Hotel Radisson, pelanggan juga berpeluang memenangi tiket-tiket penerbangan, ke beberapa destinasi dalam cabutan bertuah, iaitu dua tiket pergi balik ke Dubai sumbangan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB), satu tiket pergi balik ke Jakarta dan tiket penerbangan ke Singapura untuk seorang.

Cef Bora Turan bersama kakitangan Hotel Radisson yang memakai pakaian tradisional Turki.
Cef Bora Turan bersama kakitangan Hotel Radisson yang memakai pakaian tradisional Turki.

Dalam promosi ini juga, pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan kad debit atau kredit Bank Baiduri akan menerima diskaun sehingga 20 peratus.

Pelanggan yang berminat untuk menikmati hidangan di restoran berkenaan bersama keluarga dan rakan-rakan dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu.

ARTIKEL YANG SAMA