Peluang nikmati pelbagai masakan seluruh dunia

Peluang nikmati pelbagai masakan seluruh dunia

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Bagi memberikan pengalaman berbeza kepada para pelanggannya, Restoran Millenium telah menawarkan promosi Bufet Island yang menghidangkan pelbagai makanan dari seluruh ceruk dunia bermula hari ini sehingga 2 Oktober ini di premisnya di Beribi.

Promosi makan malam itu menghidangkan makanan pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut dari setiap pulau di seluruh dunia. Antaranya ialah Hong Kong Imitation Shark’s Fins Soup, Beef Wellington dari United Kingdom, Seafood Rice dari Macau, Pasta With Smoked Salmon, Kale dan Caper Sauce dari Australia.

Turut dihidangkan ialah Portugese Curry Chicken, Chicken Souvlaki with Tzatziki dan Pita dari Greece; Hong Kong Typhoon Shelter’s Prawn; Curry Fish dan “Oh Chien” Fried Oyster Omelette dari Singapura; “Boxty” Irish Potato Cakes dari Ireland; dan Tumbet Mallorquin dari Sepanyol.

Selain itu terdapat juga hidangan lain seperti salad, hidangan pembuka selera seperti ‘Salmon Terrine With Capers’ dan ‘Stuffed Potato With Egg Salad’, serta pencuci mulut yang pelbagai seperti ‘Lamington’, tart buah, buah-buahan, ais krim dan sebagainya.

Chicken Souvlaki dengan Tzatziki dan Pita.
Chicken Souvlaki dengan Tzatziki dan Pita.
Hong Kong Typhoon Shelter’s Prawn.
Hong Kong Typhoon Shelter’s Prawn.

Cef Mathew dari Restoran Millenium ketika ditemui Media Permata menjelaskan bahawa kesemua hidangan-hidangan utama adalah hasil masakan beliau untuk dihidangkan kepada para pelanggan agar para pelanggan dapat merasai pelbagai masakan-masakan luar negeri.

Bagi maklumat lebih lanjut atau ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi talian 2424168.

ARTIKEL YANG SAMA