Peluang pelajar ISQ cari pekerjaan

Peluang pelajar ISQ cari pekerjaan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mei – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) hari ini telah mengadakan ‘ISQ5 Market Day’ dalam usaha membantu para pelajar pengambilan kelima kelayakan kemahiran industri (Industrial Skill Qualifications – ISQ) dalam mencari peluang pekerjaan.

Hari pasaran itu diadakan selama dua hari bermula hari ini, disertai oleh 14 buah syarikat swasta di dalam industri minyak dan gas yang memberikan akses kepada majikan dalam mencari calon-calon berkebolehan dan sesuai untuk mengisi kekosongan di dalam syarikat mereka.

Antara syarikat yang menyertai ialah seperti MOC Sdn Bhd, Mozzat Enterpise Sdn Bhd, Novo Sdn Bhd, PITAS Sdn Bhd, QESS Energy Support Sdn Bhd, Syarikat Haji Kalong Sdn Bhd, Syarikat Perdasa Sdn Bhd, SC Tubular Solutions Sdn Bhd, Wahab Hermatics Sdn Bhd, Megalift Sdn Bhd, Inshii Iron Works, AlphaOne Eng Services, CJ Technical Services dan Adinin Works & Engineering Sdn Bhd.

Beberapa pelajar ketika mendengar penjelasan salah sebuah syarikat swasta yang menyertai, ISQ5 ‘Market Day’.
Beberapa pelajar ketika mendengar penjelasan salah sebuah syarikat swasta yang menyertai, ISQ5 ‘Market Day’.
Mereka yang hadir semasa ‘ISQ5 Market Day’ yang diadakan selama dua hari.
Mereka yang hadir semasa ‘ISQ5 Market Day’ yang diadakan selama dua hari.

Sepanjang hari pasaran itu diadakan, seramai 211 orang pelajar ISQ5 akan didedahkan dengan peluang-peluang pekerjaan secara lebih dekat lagi di mana mereka boleh bertanya soalan, kelayakan dan kemahiran yang dicari oleh para majikan.

Di samping itu juga, mereka juga akan menghadiri sesi temu duga manakala acara kemuncak Hari Pasaran ISQ5 ialah penyampaian sijil dan diberikan tawaran bersyarat pekerjaan (COE) yang diberikan kepada para pelajar yang berjaya untuk mendapatkan tawaran daripada pihak majikan.

ARTIKEL YANG SAMA