Peluang pendidikan terbuka luas

Peluang pendidikan terbuka luas

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Ruang bagi pertukaran dan kerjasama pendidikan dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan, perniagaan dan industri kreatif di antara Brunei dan Australia masih terbuka luas.

Penyertaan pelajar-pelajar dari Brunei di Australia adalah amat dialu-alukan serta juga diharap lebih ramai pelajar-pelajar dari Australia dapat melanjutkan pengajian serta penyelidikan mereka di institusi-institusi pengajian tinggi di Brunei.

Dalam usaha itu, universiti dan institusi pengajian tinggi di Brunei dan Australia terus mengadakan perbincangan bagi meningkatkan lagi jumlah universiti serta institusi pengajian tinggi bagi mengadakan program berkembar selain dari program berkembar bidang kejuruteraan di antara Institut Teknologi Brunei (ITB) dan University of New South Wales.

Harapan itu dikongsi oleh Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Todd Norman Mercer dalam temu bual bersama Media Permata semasa Pameran Belajar di Australia yang berlangsung di Hotel Radisson, Bandar Seri Begawan, hari ini.

Dalam masa terdekat, TYT Todd Norman Mercer menyatakan harapan agar program berkembar dapat dilaksanakan bagi pelajar-pelajar perubatan untuk mengadakan program mereka di universiti di Australia dan supaya lebih banyak program berkembar dua hala dapat dikendalikan.

TYT Todd Norman Mercer menyatakan harapan supaya lebih banyak pergerakan pelajar di antara Brunei dan Australia dalam pelbagai bidang pendidikan dan penyelidikan.
TYT Todd Norman Mercer menyatakan harapan supaya lebih banyak pergerakan pelajar di antara Brunei dan Australia dalam pelbagai bidang pendidikan dan penyelidikan.
TYT Todd Norman Mercer ketika berada di pameran tersebut.
TYT Todd Norman Mercer ketika berada di pameran tersebut.
Dayang Rozi berkata bahawa pameran itu disertai oleh beberapa buah universiti yang menawarkan pelbagai program yang bertaraf dunia.
Dayang Rozi berkata bahawa pameran itu disertai oleh beberapa buah universiti yang menawarkan pelbagai program yang bertaraf dunia.

Beliau juga berkata bahawa kursus berkembar yang ditawarkan oleh ITB dalam bidang kejuruteraan memberikan peluang bagi pelajar-pelajar Brunei untuk melanjutkan pengajian mereka di Australia.

Pada masa yang sama, beliau melahirkan harapan supaya lebih ramai pelajar dari Australia akan melanjutkan dan memilih untuk bukan sahaja melanjutkan pengajian di Brunei tetapi juga membuat penyelidikan mereka.

TYT Todd Norman Mercer berkata bahawa sistem pendidikan berkualiti yang ditawarkan oleh universiti dan institusi pengajian tinggi di Australia merupakan salah satu daya tarikan bagi pelajar-pelajar Brunei untuk memilih Australia bagi melanjutkan pelajaran mereka.

Di samping itu, kedudukan Australia yang dekat dengan Brunei dan kewujudan laluan penerbangan dari Brunei ke Melbourne, Australia serta pertukaran wang yang semakin baik bagi mata wang Brunei turut menjadi pendorong kepada pelajar Brunei memilih Australia sebagai destinasi melanjutkan pendidikan mereka.

Beliau turut menyatakan harapan supaya pertukaran atau pergerakan pelajar tidak hanya sehala sahaja tetapi juga supaya lebih ramai pelajar dari Australia berkunjung ke Brunei dan ASEAN bagi melanjutkan pelajaran atau penyelidikan mereka.

Dalam pada itu, beliau mengongsikan bahawa Pelan Colombo baru menyasarkan dan memberikan peluang bagi pelajar-pelajar Australia untuk melanjutkan pelajaran dan penyelidikan mereka ke negara-negara Asia termasuk ASEAN yang diharapkan dalam masa beberapa tahun jumlah pelajar Australia yang melanjutkan pelajaran dan penyelidikan mereka akan mencecah kepada lebih 10,000 orang.

Para pelajar mendapatkan maklumat mengenai universiti-universiti Australia semasa pameran diadakan.
Para pelajar mendapatkan maklumat mengenai universiti-universiti Australia semasa pameran diadakan.
Antara pelajar yang datang ke pameran tersebut.
Antara pelajar yang datang ke pameran tersebut.
Para pelajar datang ke pameran tersebut bagi mendapatkan maklumat yang diingini.
Para pelajar datang ke pameran tersebut bagi mendapatkan maklumat yang diingini.

Usaha itu, ulasnya lagi, diharap akan dapat meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar Australia mengenai budaya dan masyarakat Asia di mana ia setentunya akan meningkatkan lagi hubungan persahabatan di antara Australia dan negara-negara Asia.

Sementara itu, Kaunselor Pendidikan, HRDS Education Services, Dayang Rozi binti Jaafar berkata pameran itu dihasratkan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar yang berminat untuk mengetahui lebih dekat mengenai Australia sebagai destinasi melanjutkan pelajaran mereka.

Pameran anjuran HRDS Education Services yang mengetengahkan dan disertai oleh universiti-universiti berprestij dari Australia itu, bermula dari pukul 2 petang hingga 7 malam, di mana para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian diberikan peluang untuk mengetahui lebih dekat lagi pelbagai kursus dan program yang ditawarkan oleh universiti-universiti dari Australia.

Antara pilihan kursus yang diketengahkan termasuk bidang perubatan, kesihatan, kewangan, IT, pembinaan, komunikasi, rekaan dan seni, rekaan dan teknologi, industri kreatif serta kejuruteraan

Di antara universiti-universiti yang mengambil bahagian dalam pameran itu ialah The University of Adelaide, JMC Academy Creative Industries, Kilmore International School, Monash University, Curtin University, University of New South Wales, The University of Queensland, Queensland University of Technology dan RMIT University, di mana ia memberikan peluang kepada para pengunjung untuk mengenal pasti kursus dan program yang sesuai bagi mereka dan juga membolehkan para pelajar untuk mengetahui secara terperinci lagi kualiti sistem pendidikan Australia.

Pameran itu dipercayai mampu menjadi pelantar yang baik bagi para pelajar untuk mengetahui dan menghubungkan pilihan kerjaya mereka dengan laluan tepat melalui pemilihan kursus serta mengetahui mengenai keperluan kemasukan, kekuatan program yang ditawarkan dan kesesuaian dengan kerjaya masa depan.

ARTIKEL YANG SAMA