Peluang pendidikan untuk kanak-kanak pedalaman

Peluang pendidikan untuk kanak-kanak pedalaman

BEIJING – Pergunungan Hubei di tengah China nampak suram dan sejuk pada musim sejuk ini. Lu Hongfei, 28, tiba di sebuah pusat perkidmatan masyarakat di Kampung Wangjiaping selepas berjalan bersama anak perempuannya yang berusia tiga tahun selama setengah jam.

Di dalam sebuah bilik aktiviti yang kecil, lapan orang kanak-kanak duduk bersama ibu bapa mereka. buku-buku dan alat permainan dihimpunkan pada satu sudut.

Sejak 2012, dengan bantuan UNICEF China, Persekutuan All-China Women (ACWF) telah menubuhkan pusat perkembangan awal kanak-kanak (ECD) di kawasan pedalaman miskin di Hubei, Hunan, Hebei, Shanxi, Guizhou dan Xinjiang. Kampung Wangjiaping, di Wufeng, merupakan pusat perintis.

UNICEF telah membekalkannya dengan buku-buku, mainan, meja, kerusi, kiosk dengan maklumat mengenai penjagaan kanak-kanak, kemudahan luar untuk kanak-kanak.

Kanak-kanak di Wangjiapung boleh bermain di pusat ECD lima hari dalam seminggu. Ibu bapa boleh melibatkan diri bermain bersama mereka di bawah pengawasan para sukarelawan.

Sebahagian besar kanak-kanak di pedalaman dijaga oleh datuk dan nenek mereka, yang percaya kanak-kanak hanya perlu diberi makan dan pakaian.
Sebahagian besar kanak-kanak di pedalaman dijaga oleh datuk dan nenek mereka, yang percaya kanak-kanak hanya perlu diberi makan dan pakaian.

Lawatan daripada pakar ECD juga membantu ibu bapa untuk mempelajari bagaimana membesarkan anak-anak mereka dengan sebaiknya.

Lu Hongfei dan anak perempuannya berada di pusat ECD buat pertama kali. Selama tujuh tahun, beliau dan suaminya mempunyai sebuah kedai menjual produk elektrik di Hangzhou, Zheijiang, timur China. Beliau kembali ke kampung halamannya dengan membawa anak perempuannya yang sulung dan kemudian melahirkan anak keduanya.

“Program setahun pendidikan awal berharga ratusan atau malah ribuan di Hangzhou, dan kami tidak mampu membayarnya,” kata Lu.

“Saya tidak sangka buku dan permainan di sini akan serupa dengan yang ada di bandar, dan malah ia percuma. Kanak-kanak di perkampungan boleh mempunyai peluang yang sama dengan kanak-kanak yang tinggal di bandar,” kata Lu.

Wufeng, terletak di kawasan pergunungan Wuling, merupakan antara kawasan miskin dengan pendapatan per kapita kurang daripada 8,000 yuan (sekitar AS$1,100).

“Lebih daripada 80 peratus kanak-kanak di kampung itu ditinggalkan ibu bapa mereka. Mereka membesar oleh generasi yang lebih tua yang percaya kanak-kanak hanya perlu diberi makan dan pakaian,” kata pengarah persekutuan wanita di kampung tersebut, Tan Langui.

“Sebahagian besar kanak-kanak sama ada malu atau sukar dikawal apabila kali pertama mereka datang ke pusat ECD.

Bagaimanapun, apabila mereka datang dengan lebih kerap dan diajar oleh para guru, mereka mula pandai bergaul dengan kanak-kanak sebayanya dan malah orang dewasa, serta mula pandai membaca dan bermain dengan mereka.”

Setiap tahun, separuh daripada 16 juta anak damit di China dilahirkan di kawasan perkampungan, menurut seorang pegawai pendidikan di UNICEF China, Zhao Qi.

Pusat ECD membantu kanak-kanak di pedalaman untuk membaca dan bergaul dengan rakan sebaya mereka.
Pusat ECD membantu kanak-kanak di pedalaman untuk membaca dan bergaul dengan rakan sebaya mereka.
Perkembangan awal kanak-kanak merangkumi fizikal, sosial, emosi, kognitif dan pembelajaran bahasa.
Perkembangan awal kanak-kanak merangkumi fizikal, sosial, emosi, kognitif dan pembelajaran bahasa.

“Perkembangan awal kanak-kanak merangkumi fizikal, sosial, emosi, kognitif dan pembelajaran bahasa.

“Dari segi pandangan saintifik, perkembangan otak adalah sangat pantas dalam beberapa tahun pertama. Pemakanan yang baik, rangsangan awal, vaksinasi, dan persekitaran yang selama dan terjamin boleh membantu perkembangan otak kanak-kanak dan membantu mencapai potensi penuh mereka,” kata Zhao.

Yang Rubing memasuki usia tiga tahun. Dia memberikan setiap pelawat sebuah kerusi kayu dan memberikan mereka buah oren tanpa disuruh, dan kemudian duduk diam bersama neneknya. Tetapi selepas seorang sukarelawan ECD, Wang Haiyan, tiba, dia dengan segeran memeluknya.

Ibu bapa Rubing adalah pekerja pendatang, tinggal jauh dari mereka. Jika cuaca baik, datuk dan neneknya akan membawa Rubing ke pusat ECD di kampung tersebut dengan menaiki motosikal.

Nenek Rubing, Xiang Jiayan, berkata kali pertama beliau terdengar mengenai ECD adalah melalui kempen-kempen yang dilakukan oleh sukarelawan.

Wang Haiyan, sukarelawan ECD, berjalan selama 40 minit di jalan pergunungan ke pusat ECD, di mana beliau mengalu-alukan kanak-kanak dengan permainan dan buku-buku. Malah turut mengajurkan beberapa aktiviti antara ibu bapa dan anak-anak mereka setiap minggu.

“Memang sukar untuk menangani masalah jika seseorang kanak-kanak itu gagal berkembang dengan baik di usia muda. Saya harap ibu bapa di kawasan perkampungan boleh melihat manfaat pendidikan awal bagi kanak-kanak,” kata Wang. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA