Peluang rasai dunia seram

Peluang rasai dunia seram

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Okt – Jerudong Park Country Club Sdn Bhd (JPCC) dengan kerjasama OAM Origin Management akan memperkenalkan rumah hantu bertema ‘The Unknown’ pada 30 Oktober sehingga 1 November 2015 ini.

Rumah hantu yang menampilkan suasana seram berkenaan terletak berhampiran dengan Charcoal Burger di taman permainan itu dan tiket-tiket masuk dijual pada harga $5 bagi orang dewasa dan $3 bagi kanak-kanak, sementara itu potongan harga $1 diberikan kepada mereka yang masuk dengan memakai kostum.

Semasa sidang media mengenainya, hari ini, Ketua Jualan dan Pembangunan Perniagaan JPCC, Datin Sakdiah binti Haji Mohammad Noor berkata acara ini berlainan daripada yang biasa diadakan dan ini peluang terbaik untuk menyaksikannya.

Salah satu bilik dengan suasana yang seram di rumah hantu itu.
Salah satu bilik dengan suasana yang seram di rumah hantu itu.

Sementara itu, Pengurus Kewangan JPCC, Haji Hamidan bin Dato Haji Danial dalam sidang media itu turut memaklumkan bahawa terdapat promosi bagi lima hujung minggu dalam bulan November 2015 ini bermula Jumaat sehingga Ahad dan akan berakhir pada 29 November.

“Mereka yang membeli tiket bagi semua permainan, layak untuk masuk ke ‘The Unknown’ secara percuma sebagai sebahagian daripada pakej tiket berkenaan dan mereka yang mendapatkan tiket istimewa hujung minggu pula akan menikmati potongan harga bagi rumah hantu itu,” ujarnya.

Turut hadir semasa sidang media itu ialah Pengarah Origin Artistic Management, Dayang Siti Kamaluddin yang turut menambah bahawa kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun dikehendaki datang bersama orang dewasa.

ARTIKEL YANG SAMA