Peluang realisasikan taman tema impian

Peluang realisasikan taman tema impian

MENCIPTA, menguruskan dan mengongsikan merupakan tiga langkah mudah dalam permainan Planet Coaster yang dibina dan diterbitkan oleh Frontier Developments.

Permain yang dikeluarkan untuk pelantar PC ini lebih menampilkan unsur pembinaan dan pengurusan simulasi yang juga merupakan kesinambungan kepada RollerCoaster Tycoon yang dikeluarkan oleh Frontier pada tahun 2004. Pemain boleh membina pelbagai tunggangan yang berbeza dan roller coasters di taman tema.

Pada dasarnya, pemain berpeluang untuk membina roller coasters seperti membuat laluan, mereka pemandangan dan menyesuaikan tunggangan.

Di samping itu, pemain juga boleh mencipta gunung, tasik, gua atau pulau di langit dengan kreativiti yang tersendiri tanpa batasan.

Planet Coaster memberikan peluang kepada pemain untuk menguruskan dan mencipta sendiri taman tema yang diimpikan.
Planet Coaster memberikan peluang kepada pemain untuk menguruskan dan mencipta sendiri taman tema yang diimpikan.

Bayangkan anda sendiri sebagai pengurus kepada Planet Coaster yang mengawal setiap aspek taman dan anda melihat tindak balas pengunjung ketika membina empayar coaster itu.

Setiap pengunjung akan meneroka taman mengikut pemikiran, perasaan, minat, kemahuan dan duit dalam poket mereka. Muat turun ciptaan terbaik hasil daripada rakan-rakan atau daripada komuniti kegemaran atau rekaan terkini yang dipilih oleh kumpulan Planet Coaster.

Secara dasarnya juga, Planet Coaster menghubungkan kawan dan kandungan melalui pusat komuniti serta Bengkel Steam.

ARTIKEL YANG SAMA