Peluang reka maskot Sentral-Man

Peluang reka maskot Sentral-Man

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 15 Jun – Pusat Membeli-Belah KBSentral, kini membuka peluang kepada orang ramai khususnya yang mempunyai kreativiti melukis dan merekabentuk, melalui Pertandingan Reka bentuk Maskot untuk Sentral-Man.

Ia dibukakan bagi penyertaan semua golongan usia untuk mengemukakan reka bentuk maskot yang unik untuk KBSentral.

“KBSentral berhasrat untuk mencipta watak super hero yang dinamakan sebagai Sentral-Man, dengan watak muda dan penampilan yang baik, sentiasa mesra dengan senyuman yang manis serta suka membantu orang ramai,” kata Pengurus Acara dan Pemasaran Ahmad Anwar bin Haji Rosly.

“Kami inginkan rekabentuk maskot yang unik dengan bentuknya terpulang kepada imaginasi peserta peraduan yang kreatif itu nanti,” tambah beliau.

Penyertaan hendaklah dihantar kepada kbsentralmascotdesign@gmail.com. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Julai depan.

ARTIKEL YANG SAMA