Peluang saksikan fenomena supermoon terbesar

Peluang saksikan fenomena supermoon terbesar

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Orang ramai berpeluang menyaksikan Supermoon atau ‘perigee’, iaitu kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi esok (Isnin).

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam satu kenyataan berkata fenomena kali ini merupakan Supermoon terbesar yang berada pada jarak paling dekat dengan bumi sejak 68 tahun lepas.

“Walaupun fenomena ini pernah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 Sept 2015, namun kejadian kali ini adalah Supermoon terbesar. – Bernama. (Ikuti laporan lanjut dalam Media Permata Isnin.)