Peluang sekali seumur hidup

Peluang sekali seumur hidup

UEFA-Euro-2016-Logo

PARIS, 24 Jun (AFP) – Dua buah negara kecil British bertembung bagi merebut hadiah tertinggi dalam suku akhir Euro 2016 esok apabila bintang dari Real Madrid, Gareth Bale yang mewakili Wales bertemu Ireland Utara di Paris.

Wales dengan penduduk 3.1 juta orang dan Ireland Utara 1.8 juta, tidak pernah muncul pada Kejohanan Eropah, tetapi mereka mendapati diri dalam kelompok 16 pasukan terakhir dan menjadi tumpuan benua Eropah.

Setelah layak di atas England sebagai pemenang Kumpulan B berikutan kemenangan 3-0 ke atas Rusia, Wales memasuki perlawanan sebagai pilihan dan Bale mengakui status baru pasukan itu masih belum menentu.

“Kami datang melalui perjalanan yang besar,” kata Bale, yang juga penjaring terbanyak bersama dalam perlawanan itu dengan tiga gol.

“Kami berada dalam beberapa kedudukan yang teruk. Kami berada di kedudukan 112 dunia dan mara ke peringkat 16 pasukan terakhir Euro. Inilah hari-hari yang perlu dinikmati.”

Sementara itu, banyak pasukan layak dalam cara-cara yang berbeza – Wales mara ke fasa kalah mati sebagai pemenang kumpulan, Ireland Utara mara sebagai keempat dari empat pasukan ketiga terbaik – keduanya menerusi nasib dalam undian.

Memandangkan separuh daripada lapan pasukan tanpa kemenangan ketara dalam persaingan sebelumnya, kemungkinan pasukan mengikuti jejak kejayaan pasukan bawahan Greece pada Euro 2004 tidak menghairankan.

Pemenang perlawanan esok akan bertemu sama ada pasukan Belgium atau Hungary di Lille pada 1 Julai dan tidak mungkin terlalu banyak kebimbangan sama ada Wales atau Ireland Utara mengenai prospek itu.

Wales meraih empat mata dari Belgium dalam kelayakan dan Ireland Utara melakukan yang sama kepada Hungary. Sudah tentu, Bale dan penyerang Ireland Utara, Kyle Lafferty menyuarakan kepercayaan pasukan mereka masing-masing boleh meneruskan kemaraan.