Peluang sertai cabutan bertuah Kapal Api

Peluang sertai cabutan bertuah Kapal Api

SONY DSC

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Dis – Bagi menghargai pelanggan setianya, pengedar produk kopi Kapal Api, Bintang Ria Sdn Bhd kini sedang mengadakan promosi pertama dan terbesar negara ini melalui Cabutan Bertuah ‘Kapal Api Betul-betul Kaw’ yang akan berakhir pada 31 Disember ini.

Penggemar minuman kopi itu masih berpeluang menyertai cabutan bertuah itu dengan hanya perlu membeli satu pek produk Kapal Api terpilih di pasar raya utama di sini dan mengisi borang penyertaan yang disediakan.

Sejumlah 26 penyertaan akan dipilih secara rawak semasa cabutan awal pada 15 Januari 2016 di pejabat Bintang Ria. Mereka yang terpilih akan dimaklumkan melalui telefon untuk menghadiri Cabutan Utama dan Majlis Penyampaian Hadiah yang akan berlangsung pada Pesta Pengguna ke-17 di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 31 Januari.

Antara hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan dalam cabutan itu ialah peti sejuk Toshiba LED Hybrid, telefon Samsung Galaxy S6 Edge, mesin basuh Hitachi, iPad Mini 3, gelombang ketuhar LG dan hamper Kapal Api bernilai $60 untuk 20 orang pemenang hadiah sagu hati.

ARTIKEL YANG SAMA