Peluang sertai kelas dan demonstrasi pastri

Peluang sertai kelas dan demonstrasi pastri

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Mei – Sempena Pesta Pengguna ke-18 yang akan berlangsung pada 25 hingga 29 Mei ini, Bake Culture dan D’Sunlit Sdn Bhd akan memperkenalkan kelas dan demonstrasi membuat pastri.

Pembuat roti Taiwan terkenal yang pernah menjuarai Pertandingan Roti Keju Amerika dan mempunyai pengalaman 15 tahun dalam menghasilkan pastri, Chien Hsiao Chia akan berkongsi kepakaran dan teknik membuat pastri dengan orang ramai yang mendaftar untuk menyertainya di Pesta Pengguna itu. Seorang lagi cef dari Taiwan turut dijemput pada sesi demonstrasi itu.

Pendaftaran untuk kelas dan demonstrasi kini dibukakan dan borang dan bayaran $55 boleh dibuat kepada ke pejabat D’Sunlit atau Bake Culture, manakala pendaftaran online juga dibukakan di laman www.bruneiconsumerfair.com. Pendaftaran sebelum 14 Mei akan diberikan diskaun 18 peratus dan tempat adalah terhad.

ARTIKEL YANG SAMA