Peluang sertai Standard Chartered Raya Supermarket Rush

Peluang sertai Standard Chartered Raya Supermarket Rush

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Semena Hari Raya Aidilfitri ini, semua ahli Hua Ho MasterCard yang menggunakan kad kredit mereka di antara 13 hingga 30 Julai berpeluang menyertai acara Standard Chartered Raya Supermarket Rush dengan peluang untuk membawa pulang barang beli-belah bernilai $500.

Di samping itu, 50 ahli pertama juga akan diberikan ganjaran berupa baucar membeli belah Hua Ho apabila mereka mengumpulkan perbelanjaan dalam setiap peringkat yang ditetapkan, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Standard Chartered (SCB).

Pelanggan yang mencapai perbelanjaan terkumpul di antara $800 hingga $1,500 akan mendapat baucar bernilai $50, dan baucar $100 bagi perbelanjaan terkumpul lebih $1,500. Pelanggan yang layak akan dihubungi selepas tempoh promosi untuk mendapatkan baucar mereka.

Untuk layak menyertai Raya Supermarket Rush, setiap perbelanjaan $50 menggunakan Hua Ho MasterCard di Hua Ho Yayasan, Manggis, Tanjung Bunut dan Sengkurong akan mendapat satu peluang cabutan.

Lima nama pemenang akan dicabut dan dihubungi tiga minggu selepas tempoh promosi, manakala itu, acara Supermarket Rush akan diadakan pada 21 Ogos di Pasar Raya Hua Ho Manggis Mall di mana para pemenang yang terpilih akan diberi masa dua minit untuk membeli-belah sebanyak mungkin.

Ketua Produk Runcit SCB, Cheok Fui Say berkata, “Bank Standard Chartered dan Hua Ho telah mempunyai hubungan kerjasama yang lama dan kami gembira untuk bekerjasama dengan mereka untuk menawarkan faedah menarik semasa musim perayaan ini kepada pelanggan bersama kami.”

SCB adalah salah sebuah bank pertama yang menawarkan produk-produk kad kredit inovatif seperti kad kredit bersama Hua Ho MasterCard, yang telah dilancarkan pada 2004.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman sesawsang SCB di alamat www.sc.com/bn, atau hubungan talian 265 8000, atau ikuti akaun Facebook www.facebook.com/StandardCharteredBN.

ARTIKEL YANG SAMA