Peluang teroka keajaiban negara ASEAN

Peluang teroka keajaiban negara ASEAN

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) – AirAsia Bhd melancarkan peraduan dikenali sebagai ‘ASEAN Traveller Contest’, yang memberi peluang kepada lima pemenangnya untuk meneroka keajaiban yang terdapat di negara anggota ASEAN melalui kemudahan ‘AirAsia ASEAN Pass as a Beach Specialist, Instagram Artist, Selfie Expert, Pro-Foodie or Extreme Daredevil’.

Peraduan ini berlangsung mulai sekarang hingga 12 Julai 2015 dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam rangkaian AirAsia, termasuk dari kesemua 10 negara anggota ASEAN.

Peserta peraduan ini boleh mengemukakan resume video kreatif masing-masing bagi kategori yang menjadi pilihan mereka.

Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata AirAsia ASEAN Pass menerima sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai sejak dilancarkan pada Februari tahun ini.

“Banyak lagi keajaiban yang boleh diteroka di rantau ASEAN dan kami ingin melihat bagaimana peserta menggunakan kreativiti mereka untuk merebut peluang meneroka lima tempat yang ditawarkan dalam Asean Traveller,” katanya dalam kenyataan hari ini.

AirAsia ASEAN Pass dan AirAsia ASEAN Pass+ membolehkan tetamu membuat penerbangan pada kadar tetap bagi lebih 148 laluan di seluruh negara anggota ASEAN.

Maklumat lanjut tentang peraduan ini boleh didapati dengan melayari aseantraveller.airasia.com

ARTIKEL YANG SAMA